Moto Yamaha 125Z DiCURIK!!!

Assalamualaikum.
(...CELAKA PUNYER PENCURIK !!!..)

Semalam merupakan hari yang paling TENSION pernah aku hadapi. Kalau sebelum ni aku banyak dengar kes kecurian melibatkan barang-barang kemas, kenderaan (moto dan kereta) dan macam-macam lagi. Tapi kali ni kes ni berlaku depan mata kepala aku sendiri.

"Moto kesayangan abang aku Yamaha 125Z telah DICURIK!!! "

..Yamaha 125Z kesayangan abangku..Dah Arwah dah moto ni rupenyer..Huhu..
Punyelah lame aku nak dapat pinjam moto tu dari abang aku. Kalau korang nak tahu sebelum ni aku pujuk die supaya bagi aku gune moto die amek mase lebih kurang 5 TAHUN!!! Pastu at last die bagi jugak tapi die still berkeras tak bagi aku modified pape even nak tambah bakul ngan letak handle seat belakang pun die tak bagi. Tapi mase tu aku tak kesah sangat, sebab janji leh pakai pergi gerak mane-mane sudah. Pastu lepas beberape tahun aku setia menggunakan motonye, akhirnye die benarkan aku tambah bakul ngan ape yang patot kat moto tu. Punyelah susah aku nak mintak pinjam last-last kene curik pulak. Macam SIOT!!!

*******

Sekarang ni biar aku cerite sikit situasi yang terjadi semalam beberape jam sebelum kecurian berlaku :-

Seperti yang korang tahu, aku setiap hari pergi kerja naek moto 125z tu. Office kat Taman Samudra. Sampai Office jer pagi tu, aku terus park moto tu betul-betul depan pintu nak naek office. Office aku tingkat due. Siap lock lagi tayar gune mangga SOLEX.

Pastu mase lunch hour aku nak keluar makan ngan member sekerja aku, aku dapati mangga SOLEX dah hilang!!! Hanya tinggal serpihan nat-nat kecil dari mangga tersebut. Kirenye ade orang baru jer lepas pecahkan mangga tu. Mase tu aku dah rase tak sedap hati. Seolah-olah ade orang lean dah lame 'aim' moto ni. Huhu. Nak selamatkan moto tu, aku keluar pergi makan naek moto tu jer.

..kelihatan nat-nat kecil dari mangga SOLEX bertaburan macam baru jer lepas dikopak..

Habes jer lunch, aku ngan member sekerja aku termasuk bos sekali kene pergi buat kerja kat SMK Seri Gombak. Kitorang pun park moto tu kat luar kawasan sekolah tapi betul-betul sebelah pondok pengawal. Dengan harapan keselamatan moto 125Z tu terjamin. Tapi semua GUARD kat sane macam HAMPEH!!!

Bile kitorang habes jer buat kerja, nak balek moto jer tengok moto dah takde. Putih mate siot!!! Ape yang GUARD tu buat dari tadi!!! Kalau ikut hati aku nak jer aku saman GUARD tu. Tapi sebab aku pikir kat luar kawasan sekolah jer. Huhu.

*******

Lepas tu, aku ngan bos aku terus pergi report polis kat Balai Polis Gombak Setia dengan menaiki moto milik member aku brand EGO. Huhu. Selesai jer buat report aku terus pergi rumah member aku tu nak hantar moto die. Tapi, disebabkan die ni baek hati sangat, die bagi aku gune moto die bawak balek sebab aku dah takde kenderaan nak balek. Huhu. Terharu nyer dapat member macam ni.

..buat report polis..

..Laporan hasil dari report yang dibuat...

..Sarjan Din dari bahagian Siasatan Jenayah menyoal dengan lebih terperinci tentang kecurian tersebut..

Aku pun bertolak pulang ke rumah dalam keadaan HAMPA dan KECEWA. Bak kata Cikgu Sani, FRUST MENONGGENG!!! Huhu.

..aku bersama moto milik memberku, Syawal..EGO S..

Malam tu aku cerite kat abang aku (Pemilik Mutlak moto Yamaha 125Z tu) pasal kecurian ni. Die BENGANG GILER ngan GUARD sekolah tu. Die suruh aku report kat pihak sekolah tu cakap GUARD TU TAK BUAT KERJA. Huhu. Nak aku report ke tak yer? Sebab insiden tu berlaku kat luar kawasan sekolah. Camne yek?

Sudahlah!! Maleh aku nak pikirkan. Biarlah benda yang dah jadi berlalu. Dah memang takdir moto tu nak hilang. Huhu. Tapi sedih gak tengok kekecewaan abang aku. Dahlah sekarang ni die tengah runsing pasal perihal perkahwinan die. Tambah pulak masalah ni.

..cara abang aku melepaskan geramnyer~ menerusi fb...

..cara aku lepaskan geram pulak X(..Huhu..

"..I'm very sorry. I've tried my best to look after your preciuos Yamaha 125Z but ..... I have failed you. Huhu. (T_T)..."

p/s: Setakat ni jer post kali ni. Kekecewaan dan rasa diri ini bersalah yang terlampau sangat sekarang ni. Mungkin ia mengajar aku supaya lebih berhati-hati lepas ni. Huhu. Sekian.

Comments

  1. tetiba lak terjumpa blog bro ni. aku ni kaki 125 gak. tapi pencen muda sebab 125zr yg baru beli pencuri bawa lari depan mata.mcm nak nangis woo xdapat kejar.tp kita kena yakin Allah akan balas jg pencuri 2. mgkn ada hikmah moto bro ilang aritu,manatau ttba eksiden klu xilang.pasti Allah bg yg terbaik setiap yg berlaku 2. redha jalah.doa2 ada rezeki lain. CBR1000 ke.hehe

    ReplyDelete
  2. Insyallah..Terima kasih atas perkongsian saudara..semoga mereka dapat balasan setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan..amiinn..btw thanks for the visits..

    ReplyDelete

Post a Comment