Confuse

Assalamualaikum.

fuh~
minggu yang penuh dengan kesibukan..
menghadapi quiz, assignment dan seumpama..

tanpa disedari dah menjelang hari jumaat..
cepat benar masa berlalu..

namun..
hati ini masih terasa bingung..

malam ini aku terpaksa berdepan dengan 4 perkara..
yang mana kesemuanya berlaku pada masa yang sama tapi lokasi yang berbeza..
aku terpaksa buat pilihan..
yang mana satu aku patut hadiri..
perkara tersebut ialah..

1) latihan silat di pergunungan penchala bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan pencak silat terbuka peringkat kebangsaan di perak awal bulan depan.
-Aku sebagai atlet negeri Selangor.

2) menghadiri satu perjumpaan barisan gurulatih silat gombak dan beberapa ajk dari Silat Smksp khususnya dibawah naungan Cikgu Halim bagi membuat sedikit postmortem berkenaan majlis penghargaan yang telah dijalankan pada hari Ahad yang lalu.
-Aku sebagai Setiausaha Jawatankuasa Pengelola Silat Smksp.

3) latihan silat gayong di Bandar Mahkota Cheras dibawah pemantauan/pengajaran oleh Cikgu Jasmi Baba.
-Aku sebagai anak gayong.

4) satu majlis punutup LEP (Language Enhancement Program) yang diadakan di Main Auditorium Uia Gombak. Justeru, pensyarah BM En. Harun Hashim telah mewajibkan semua pelajar yang beliau ajar untuk hadir pada majlis tersebut dan kehadiran tersebut akan dimasukkan dalam pemarkahan akademik kami.
-Aku sebagai pelajar En. Harun Hashim.

hmmm..
Yang mana satu aku nak pergi yer..

Wallahualam.

Comments