Duka & Suka
Assalamualaikum. Hari ni merupakan antara hari yang paling duka pernah aku hadapi. Bermula dengan bangun tido jer aku dah kena hadapi ketiadaan air di mahallahku. Kalau hari ni hari biasa takpe, ini dahlah hari ni hari jumaat kena pergi siap-siap nak ke masjid untuk sembahyang jumaat, Aduss. So, terpaksalah aku dengan member bilik aku pergi mandi kat mahallah sebelah. Nasib baik bilik kitorang ni dekat tingkat satu. Takdelah kena turun tangga berjela-jela. Habis jer mandi aku pun teringat yang pada hari semalamnya aku ada rendam baju untuk dibasuh pada hari ini. Tapi malangnya disebabkan ketiadaan air aku terpaksa memerah saja baju-baju tu dan terus sidai. Tak dapatlah nak diberus tapi ok la wangi jugak la. Then pada selepas solat jumaat pulak aku , raja dan marzuk ada plan nak ke pejabat gayong sebab dah janji dengan ishkandar untuk jumpa dia kat sana untuk ambil tengkolak dan songket adat. Kebetulan masa tu abang ihsan pun ada sekali (senior aku) kat pejabat gayong tu. Aku lagi la b...