BeRAYA di Tokyo!
Assalamualaikum.
Hari yang memenatkan. Semalam seharian aku bersama siblings keluar berjalan2 di ibu kota. Pada mulanya hanya memasang niat untuk memenuhi undangan Rumah Terbuka yang dibuat oleh seorang sahabatku terletak di Bukit Rahman Putra, Sg Buloh.
Petang itu, kami 3 beradik berjalan2 di Pavilion untuk menemani kakak ku yang teringin sangat membeli sebuah kamera LOMO 360*. Lokasi kedainya terletak di Tokyo Street. Merupakan salah satu lot kedai2 bertemakan ala Jepun yang menjual pelbagai jenis barangan. Tingkat 6.
Yaa. Inilah kedai yang dimaksudkan. Menjual kamera2 yang berkonsepkan LOMO. Menjadi perhatian dan tarikan golongan2 photographer dan pencinta industri gambar. Malangnya, hajat kami ke sana tak kesampaian. Kamera tersebut baru saja di LAUNCH di Malaysia, akan selamat tiba di kedai tersebut untuk dijual minggu depan.
Setelah penat bermundar-mandir di Tokyo Street berjam-jam, akhir mengambil keputusan untuk beransur pulang. Singgah di Tesco Rawang, dinner bersama family.
Fuh~ selamat sampai rumah jam 1100 malam. Alhamdulillah.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment