Sem BARU | 2nd Year!!

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selamat sudah aku mendaftar masuk sebagai student UIA Gombak untuk sem pertama 2nd Year. Macam biaselah, hati ni terasa berat nak tinggalkan rumah. Bukan ape, biasenye kalau dah jejakkan kaki masuk kampus ni, terasa bebanan yang nak pikul tu berat sangat. Means tanggungjawab atau amanah sebagai pelajar. Yakni menuntut ILMU.

..gambar hiasan..

Sem baru dah mula. Tahun ni aku dah masuk 2nd year. Kalau kat UIA ni, degree 2nd year baru belajar subjek MAJORING. Means kalau ambek kos Automotif, 2nd year ni la baru didedahkan dengan perihal kereta dan sedara-maranya. So, kalau nampak student kos Automotif 1st year tu, takyah ler suruh die baiki kereta korang. Kang lagi teruk dibuatnye. Woha! Kidding :P

Standard bile masuk jer sem baru, mesti ade jer student yang tak lepas add subjek yang mereka nak. Kalau stok student jpa or under biasiswa syarikat swasta tu, semua terkejar mendaftar subjek bagi kredit hour dorang melebihi 15.o. Maka, berlakulah peperangan meng'add' subjek secara 'atas talian' mahupun manual. Kalau manual ni agak leceh sikit sebab kena beratur pepanjang. Tapi nak buat camne. Daripada extend satu sem, baik tersiksa beberapa puluh minit untuk beratur menunggu giliran. Hoho.

Hmm. Ok la. Esok nak kene add satu subjek majoring secara manual. Subjek MATERIAL. Setakat ni jer dulu. Sekian.


p/s : bilik dah kemas..JOM tido! Haha.

Wallahualam.

Comments