TAHNIAH! sahabat2ku.

Assalamualaikum.

TAHNIAH!! kepada sahabat2ku atlit Silat Seni Malaysia, yang telah berjaya membawa balik pingat dalam acara silat seni di Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri di Timesquare semalam. Alhamdulillah.

Pingat EMAS - Tunggal Putera, Regu Putera, Regu Puteri
Pingat PERAK - Ganda Putera, Ganda Puteri
Pingat GANGSA - Tunggal Puteri

Walaupun diri ini bukanlah dalam kalangan yang merasai keseronokan dikalungkan pingat dalam kejohanan tersebut, namun hati ini tetap berbangga kerana mempunyai sehabat2 seperti mereka.

Bilalah rasanya aku berpeluang merasai keseronokan seperti mereka. Merasai detik disarungkan baju Harimau Malaya. Berpeluang menyumbangkan keringat untuk menaikkan nama negara. Huhu. Ape yang hanya mampu aku lakukan sekarang, hanya bersabar.

Sedikit gambar yang sempat ditangkap menggunakan Videocam HD milik roomateku.





p/s : aku masih tak paham. kenape mesti ade politik dalam semua perkara? dimana keadilan akan muncul sekiranya sentiasa di alasi dengan kegiatan politik dari sesetengah pihak. sampai bile Malaysia takkan MAJU! Percayalah. Sekian.

Wallahualam.

Comments