Bertunang pada 5 Syawal..

Assalamualaikum.


Fuh~ penat jugak badan aku duk asyik pergi beraya rumah orang je. Haha. Maklumlah, mase raya ni jer la peluang nak ziarah member2 dan merasa masakan mak bapak dorang. Itu pun kalau dorang masak sendiri la. Kalau ambek katering pun, layan jer laa. Haha.


Semalam beraya rumah member kat Wangsa Maju. Bak kata beliau die buat CLOSED HOUSE! Haha. Sebab tak semua orang die jemput. Yang terpilih je. Termasuk la aku ni. Alhamdulillah. Woha!




Hari ni pulak, bersamaan 5 Syawal 1432H = 3 Ogos 2011. Berlangsungnya majlis perTUNANGan seorang sahabatku Muhd Khairi Azfar dan pasangannya Radiah bt Hassan. Alhamdulillah, setelah lama menjalinkan persahabatan akhirnye terdetik juga mereka untuk mengatur langkah mengikatkan hubungan mereka dengan sebentuk cincin dan beberapa hantaran dari pihak lelaki dan perempuan. Mereka rancang untuk bernikah tahun depan. Insyallah. Kita doakan semoga ianya berlangsung mengikut ape yang dirancang. Amiin. By the way, TAHNIAH!










Bertolak pulang selepas menunaikan solat Zohor di akhir waktu. Hmm. Mula2 rancang nak Jamak Qasar, tapi disebabkan masih ragu2 tentang jarak RAWANG-SEMENYIH melebih 2 marhalah atau tidak, aku pun mengambil langkah selamat, solat seperti biasa.


Kebetulan dalam perjalanan balik, kereta buat hal pulak. Eh2. Maksud aku tayar kereta aku. Boleh pulak terpijak paku. Pancit!! tak pasal2 berpeluh aku balik rumah. Woha!




Wallahualam.


Comments

Post a Comment