MISI 2011 Selasai. GOLD!

Assalamualaikum.

Alhamudulillah. Selesai sudah MISI tahun 2011 aku dalam dunia persilatan. Setelah selesai Kejohanan Silat Terbuka KL kategori Silat Seni kelmarin. Dengan berbekalkan latihan berkala pada bulan Ramadhan yang lalu diteruskan dengan latihan mingguan yang tak putus2 bermula daripada pertengahan tahun, akhirnya berbuahkan hasil apabila bergelar JUARA. Walaupun diri ini terasa kecewa dengan performance pada malam tersebut, namun di hati ini sentiasa lahir perasaan syukur kepada-NYA kerana telah memberi peluang kepadaku untuk merasai Gold Medal setelah hampir 4 tahun aku meninggalkan dunia kegemilanganku.

Terima kasih kepada Coach Habizan kerana telah membimbingku sepanjang latihan. Kepada rakan2 seperjuanganku, korang masih ade satu lagi MISI yang besar untuk dicapai yakni Selection Team SUKMA Selangor. Teruskanlah latihan dan perbaiki cara permainan. Untuk bergelar JUARA memang memerlukan pengorbanan yang besar dari semua sudut. Gudluck untuk semua.


Insyallah, selepas ini aku dah boleh mula fokus untuk pengajianku. Dah masuk second year. Subjek makin tough dan mendalam. So, fokus dan tumpuan juga kena lebih sikit berbanding dulu. Lepas2 ni mungkin dah mula slow sikit silat. Nak tukar MOOD silat ke MOOD study, memang teramat susah. harap2 aku berjaya untuk memberi penekanan yang lebih kepada study ku untuk skor dean's list satu hari nanti. Sekian.

Walllahualam.

Comments