Thursday, 15 September 2011

TerJUMPE RM150!!

Assalamualaikum.

Sedang aku berjalan menuju ke kereta tengahari tadi, aku terserempak dengan 3 helai wang kertas bernilai RM50 beserta kad OKU. Sahabat aku ni pulak terlebih baik sangat, pergi ambek semua duit tu. Pastu dah bingung memikirkan macam mana nak bagi kat empunya duit tu.

Nama tertera dalam kad OKU : Kamil Naqiuddin b. Johaini
K/P : 910131-14-5561
Alamat : Taman Sri Keramat

Setelah penat berfikir, kami pun menuju ke Admission & Record (AnR) untuk mintak detail no. telefon insan yang malang ni. Tapi malangnya, nama beliau takde dalam list student UIA. So, bertambah lagi lah kebingungan kami memikirkan kepada siapa patut kami serahkan sejumlah wang RM150 tunai ni. Hmm.

Akhirnya, dalam perjalanan menuju ke kereta, terserempak dengan Pak Guard UIA. Hmm. AKu pun bercadang untuk berikan duit tersebut kat Pak Guard tu. Sekurang2nya, tanggungjawab kita dah selesai lepas serahkan duit tu. Lepas tu aku tak tau ape yang terjadi. Hopefully duit tu sampai la ke empunya badan.

Moral : Kalau dah keluar duit bebanyak tu, bubuh la dalam wallet. Jangan la just selitkan jer kat poket seluar. Mane tau tengah2 jalan seluk poket nak ambek handset, tetibe tercicir duit yang ade kat dalam poket tu. Tak ke rugi tu. Huhu.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...