Bertemu Lailatul Qadr....
Assalamualaikum.
(..Sebuah kisah benar yang terjadi pada malam 27 Ramadhan 1432. Terjadi pada saudara sendiri...)
Sebuah kereta pacuan empat roda memecut. di keheningan malam yang hanya bersuluhkan bulan. seorang yang memandu dengan penuh berhati-hati. dan seorang lagi sebelahnya yang lena dibuai mimpi. melintasi satu kawasan pergunungan sebelum tiba di kawasan bertol.
**********
kakak saudaraku yang diberi nama sejak lahir, Nurul Liyana. dipanggil oleh saudara-mara dengan gelaran Kak Yana. memandu dengan kelajuan 120km/h. jam berdetik di tangannya tepat jam 2 pagi. sedang beliau khusyuk memandu keretanya, tiba-tiba beliau terasa sesuatu yang aneh.
lebuhraya yang malam tersebut sesak dengan kereta-kereta yang berderet ingin pulang ke kampung tiba-tiba menjadi lengang pabila tiba di suatu kawasan. seolah-olah tiada kereta.
beliau tolehkan pandangan ke kanan hanya ingin mengubati suasana bosan memandu malam. tiba-tiba beliau terlihat lagi satu perkara yang aneh. dengan serta merta seluruh kakinya menggigil. dah bulu romanye remang sehingga kelihatan seperti terpaku. lantas terus kembali mengalihkan pandangan ke hadapan. yaa. beliau ternampak semua pokok-pokok disepanjang jalan sujud/rukuk. dengan mata kepala beliau sendiri.
beliau toleh pula pandangan ke sebelah kiri. dan alangkah terkejut melihat pohon-pohon sepanjang lebuhraya tersebut juga bersujud/rukuk. dua kali beliau toleh ke kanan dan kiri. namun situasi tersebut lagi membuatkan beliau tersentap seolah-olah melihat hantu.
lagi. sedang beliau memandu melintasi satu kawasan berbukit, tiba-tiba lebuhraya sepanjang bukit tersebut yang sebelum ini terkenal dengan keadaan jalan yang gelap dan kurang jelas di lihat oleh pemandu malam tetibe disinari cahaya membuatkan laluan tersebut pada malam tersebut cerah dan jelas.
Norehan nama diberi. dipanggil dengan gelaran Acuno oleh saudara-maranya. sedang lena tidur di buai mimpi sepanjang kejadian aneh tersebut terjadi di sebelah Kak Yana. tak pernah-pernah Acuno tertidur semasa Kak Yana memandu, tetiba malam itu dengan izin Allah, Acuno terlena. Mungkin memang di takdirkan lailatul Qadr itu hanya milik Kak Yana seorang.
Beliau tiba di kampung halaman sejurus menunaikan solat malam. dan mengajak semua saudaranya beribadat malam tersebut. keesokan harinya, baru beliau ceritakan kisah aneh yang terjadi pada malam sebelumnya. perkara pertama terlintas dalam hati beliau ketika bertemu Lailatul Qadr ialah mendoakan abangnya. Subhannallah.
Malam 27 Ramadhan. Maka benarlah Lailatul Qadr terjadi di malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadhan. Segala amalan beliau sepanjang sehari, bermula dari maghrib tersebut sehingga maghrib hari esoknya akan diberi ganjaran oleh Allah SWT melebihi amalan seribu bulan. Masha Allah.
Bertuahnya beliau.
p/s : perkongsian kisah aneh berlaku pabila bertemu Lailaul Qadr. Semoga ia memberi pedoman dan pengajaran buat kita semua.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment