Posts

Showing posts from October, 2011

Kuat MENIRU punya pasal. Haha.

Image
Assalamualaikum. Sebagai mengubati rase tertekan menghadap buku seharian study untuk midterm exam, sekilas lalu melihat news feed di facebook. Agak KELAKAR bila terlihat satu gambar yang memang ade kaitan dengan senario yang aku hadapi sekarang yakni EXAM! Haha. Tak nak bagi student TIRU punya pasal, sanggup buat cam tu. Ntah selesa ke tak student tu menjawab soalan. Haha. Tapi yang penting, kalau aku dalam situasi dorang, Rimas kot. Sekian untuk kali ni. Nak sambung STUDY, STUDY dan STUDY. Woha! Peringatan : Allah sentiasa MELIHAT apa yang kita lakukan. Maka, takyah lah menyusahkan diri duk MENIRU orang sebelah mase tengah jawab EXAM. Bagi aku, terasa HINA giler, bila kita BERJAYA dapat keputusan cemerlang hasil dari jawapan member sebelah. Wallahualam.

Bila Student Automotive Bergambar...

Image
Assalamualaikum. Lame jugak tak merasa bergambar reramai. Teringat pulak time sekolah dulu. Setiap tahun mesti ade sesi bergambar untuk kelas, unit beruniform dan persatuan. Haha. Standard sekolah la kan, confirm untuk majalah sekolah. Sekurang-kurangnya, tak masuk akhbar or majalah apa-ape pun, still jugak masuk majalah sekolah kan. Sekarang dah melangkah ke arena universiti. Tak sangka sesi bergambar pun maseh ade. Memang tak boleh lepaskan peluang. Lagi-lagi bersama sahabat se'majoring'. Hehe. Habes jer kelas, terus shoot ke lokasi penggambaran. Memang kebetulan kelas terakhir tu merupakan kelas subjek majoring. Ade ramai lagi student Otomotif. Cuma yang berminat saja yang hadirkan diri. Dan salah seorangnye aku! Haha. Sekian untuk tatapan pengunjung yang tak berapa nak ramai. Haha. GO AUTOMOTIVE STUDENTS!! Wallahualam.

Kerana WALLET, Badan Binasa.

Image
Asssalamualaikum. (UNTUK LELAKI: JANGAN DUDUK DENGAN WALLET KAT POKET BELAKANG) Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka. Sebab : 1. Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki. 2. Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica. 3. Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya. 4. Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda. 5. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang. Pilihan yang terb...

Kenapa Orang Islam SEMBAH Kaabah?

Image
Assalamualaikum. Perkongsian di petang hari. Mungkin kita pernah menrima pertanyaan sebegini dari seorang yang beragama selain ISLAM. Apakah jawapan kita sekiranya di tanya "Kenapa orang Islam SEMBAH kaabah?" Suka untuk aku kongsikan jawapan yang bagi aku memang menarik dan boleh diterima akal. ********** A : "Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" B : "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" A : "Baitullah tu apa?" ... B : "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah" A : "Allah ada dalam tu?" B : "Tak....." A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" B : "Yang saya sembah bukannya bangunan tu.." A : "Kamu sembah apa?" B : "Saya sembah Allah swt" A : "Jadi, kenapa sembah bangunan tu?" B : "Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.." A : "Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya k...

Dinner @ KFC with Roomates.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Berpeluang meluangkan masa sebentar ditengah kesibukan menela'ah pelajaran dimusim exam pertengahan semester ini. Alhamdulillah juga kerana telah diberiku ruang dan peluang untuk menghidupkan suasana kegembiraan bersama sahabat-sahabat ahli bilikku apabila menawarkan diri untuk menampung juadah makan malam mereka bermenukan Toasted Pocketful, X Meal Deluxe dan Dinner Plate. Yeah. KFC menjadi pilihan kami. Walaupun hanya mengambil masa kurang dari 2 jam namun ia tetap menyimpan seribu makna kerana ketika ini sahajalah kami berpeluang berhimpun menikmati juadah bersama. Maklumlah, sejak dua menjak ni, masing-masing terlalu sibuk dengan program masing-masing. Ada yang aktif berpersatuan, ada yang aktif berdakwah dan ada juga yang aktif menjalankan hobinya walaupun sibuk. Sekadar coretan ringkas untuk kali ini. Wallahualam.

Berjaya Serah Memorandum, Kebijaksanaan SRC Dipuji

Image
Assalamualaikum. Gombak, 26 Okt : Keputusan bijak Majlis Perwakilan Pelajar UIAM atau SRC (Student’s Representative Council IIUM) semalam yang tidak mahu ‘bersama’ gelombang mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Hisahmmudin ternyata membuahkan hasil. Laporan Gazebo Daily semalam yang memaparkan keadaan SRC yang ‘seakan-akan kecewa’ dengan SMM ternyata berjaya mengelirukan pengawal keselamatan dan anggota polis serta ‘Special Brance’ yang cuba untuk menghalang pergerakan kumpulan mahasiswa terbabit. ‘Taktik dan strategi’ tersebut membuatkan mereka akhirnya berjaya serah memorandum lebih awal kerana sudah menjangkakan pimpinan ‘front-front’ lain akan dihalang atau akan dirampas memorandum. Memorandum serah lebih awal Strategi ‘dua kumpulan’ yang digunakan semalam ternyata berjaya melarikan fokus semua anggota yang dikerahkan turun supaya gerakan mahasiswa semalam tidak berjaya diserahkan. Namun, keputusan bijak kedua-dua pihak iaitu SMM ‘tidak pegang’ memorandum dan menyerah...

Program Bulan Nov-Dis

Assalamualaikum. Sejak timbul Isu pergantungan seorang pensyarah Undang2 UIAM yang jugak seorang pakar perlembagaan negara tu, memang dah jarang sangat aku mengungkapkan sesuatu yang memang datang dari mulut aku sendiri. Haha. Maaf lah yer. Hajat dihati untuk menyimpan segala penulisan berkaitan isu tersebut di laman blog milik hamba ni untuk dijadikan rujukan di masa akan datang. Ok. Sekarang ni aku lihat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) terlalu banyak merangka aktiviti yang mana waktunya jatuh pada bulan Novmber dan Disember tahun ni. Info ni pun aku dapat tahu melalui Group fb ( PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN PSSGM NEGERI SELANGOR ). Kepada anak2 GAYONG diluar sana mungkin berguna. Berikut adalah aktiviti2 nye. 1. Majlis Gurulatih Pssgm Selangor, mengadakan KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN TALI PINGGANG HITAM (GURULATIH) pada 9-11 December 2011 bertempat Rimba Resourt sg, congkak hulu langat, Dipelawa semua gurulatih tali pinggang hitam menyertainya, Maklumat lan...

Jangkaan Lebih Buruk Selepas Ini -Prof Abd Aziz-

Image
Assalamualaikum. (ISU PERGANTUNGAN PROF. DR. ABD AZIZ BARI #2) Walaupun penggantungannya sebagai pensyarah universiti ditarik balik, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh daripada berakhir dan mungkin bertambah buruk. "Mereka (universiti) harapkan saya bekerja macam biasa, tetapi saya kekal sebagai suspek dan polis terus mengganggu saya," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya, walaupun siasatan UIA masih belum membuat sebarang keputusan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan "menenangkan orang awam". "Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin daripada UIA?" Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan. Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan. Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila beliau mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung p...

Lawatan PM ke UIA esok bakal disambut DEMO

Image
Assalamualaikum. Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi. Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari. SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi. "Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas. "(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik." Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November. Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada ke...

Demonstarasi Bantahan Pergantungan Prof Dr Abd Aziz di UIAM

Image
Assalamualaikum. Tengahari tadi, satu Malaysia telah digemparkan dengan berita mengenai satu perhimpunan membantah pergantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang dijalankan di halaman Masjid SHAS, UIAM Gombak sejurus selepas selesai solat Jumaat. Seperti biasa aku menjalankan rutin mingguanku yakni solat Jumaat di Masjid SHAS tengahri tadi. Selepas selesai mendengar khutbah, Iqamat dilaungkan oleh Bilal dan setelah selesai laungan Iqamat, kedengaran satu kekecohan berlaku di bahagian belakang Masjid. Rupa-rupanya, Ketua AMK Samsul Iskandar ditahan di dalam toilet sebelum menunaikan solat Jumaat. penahanan dibuat semasa Imam angkat Takbir..tindakan yang amat kurang sopannn.. Then, selepas solat Jumaat pulak satu Demonstrasi Mendesak Penarikan Balik Pergantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai Pensyarah Undang-Undang UIAM telah dijalankan diketuai oleh pimpinan Mahasiswa antaranya Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM), Ahmad Syukri Abdul Razab dan Aktivis Mahasiswa, Mohd Hilman Idham. Dian...

BB dan GT keluar serentak. Haihh.

Image
Assalamualaikum. Malas nak tulis pepanjang. Gambar ni akan menerangkan segala2nya. Blackberry Curve 3G Samsung Galaxy Tab 10.1 Mungkin tak cukup terang lagi kot. Haha. Ok. Yang Blackberry Curve 3G yang kat atas tu adik aku baru jer angkat dan yang Galaxy Tab 10.1 tu pulak baru jer kakak aku angkat hujung minggu lepas. Bile mase pulak aku nak angkat ek? Hmm. Takpe2. Sabar. Insyallah, pilihan hati tu datang la nanti. Wallahualam.

Islamic Performance Night @ UIAM

Image
Assalamualaikum. (..Post yang tertangguh..) Sabtu lepas bersamaan 15 Oktober 2011, aku telah menghadiri satu program sempena Pesta Konvokesyen UIAM iaitu Islamic Performance Night. Program yang pada awalnya menganggarkan kehadiran penonton seramai 2000 orang, namun atas faktor tertentu, hanya 1700+ orang sahaja yang hadir. Majoritinya adalah dalam kalangan muslimat kerana golongan muslimin lebih tertarik untuk menonton siaran langsung perlawanan antara MU dan Liverpool di cafe2 mahallah. Aku bersama beberapa orang sahabatku masih menetapkan pendirian untuk menghadiri program tersebut dengan harapan ia mampu memberi seberapa banyak input. Untuk pertama kalinya aku lihat penyusunan tentatif atau perjalanan program yang agak menarik dimana forum dijalankan diselang-seli dengan persembahan nasyid dari beberapa kumpulan nasyid tanah air yang dijemput khas. Memang tak membosankan. Forum : Student Life and Love Moderator :- Hafiz Hamidun Panel Jemputan :- 1) Rosmawati Zainal 2) Akhil Hayy 3)...

Gara-gara Twitter.

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, terubat jugak hatiku untuk mengupdate blog kesayangan ni. Ni semua gara-gara Twitter la ni. Sejak berkecimpung dalam dunia Twitter ni, setiap saat setiap detik semua nak tweet. Kekadang tengah jalan2 tetibe terlanggar batu tengah jalan pun nak tweet jugak. Tapi ape ade hal. Memang tu jer function twitter. Haha. Lain la kalau macam fb. Boleh upload gambar, pastu komen banyak2. Boleh chat direct ngan member plus memang ramai giler member gune fb. Macam twitter ni kekadang terasa bosan gak. Sebab asyik duk tweet tapi takde member nak tweet balik. Dulu pernah jugak terfikir nak fight bilangan tweet sape paling banyak. Ye la kan. Nak tengok seseorang tu lama ke tak berkecimpung dalam Twitter ni selalu based on the no. of tweets. Haha. Tapi yang membuatkan aku lagi addicted dengan benda alah ni, sebab twitter ni boleh subscribe mobile twitter dengan kos RM1 seminggu. Murah giler kot. Memang 24 jam boleh tweet. Haha. Salah satu cara nak saving kredit gak. Ok la...

Convo Fiesta 2011 | UIAM

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah, berkesempatan juga aku nak mencoretkan sesuatu di dalam laman maya ni walaupun diri ini masih terasa sibuk dengan perihal akademik yakni quiz2 yang berlambak minggu depan dan yang paling mengggangu suasana dan mood aku study ialah kesibukan kami sekeluarga memunggah dan memindahkan barang2 ke rumah baru kami. Huhu. Ok. Done. Hajat dihati bukan nak bercakap mengenai rumah baru atau kesibukan aku. Tapi berkaitan satu annual festival yang sedang berlangsung di kampusku UIAM, Gombak. Yaa. Memang aku tak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam festival ni, tapi suka untuk aku ketengahkan program2 yang dijalankan sepanjang seminggu festival ini dijalankan. Sebelum itu, festival yang dimaksudkan ialah CONVEST 2011 atau Covocation Fiesta 2011 yang dikendalikan oleh Student Representative Council (SRC) dengan kerjasama pihak pentadbiran UIAM sendiri. Antara program2 yang dijalankan ialah... Convocation Day for Graduated Students Venue : CAC Hall Dat...

Bajet 2012

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Selesai sudah pembentangan Bajet 2012 oleh PM kita sebentar tadi. Nak tahu detail mengenai BAJET 2012 , boleh klik kat gambar di bawah. Nak bubuh dalam laman ni takut panjang berjela pulak post kali ni. Sebelum tu, makesure anda telahpun menguasai Bahasa Inggeris. Kalau tak, boleh 'copypaste' masuk Google Translator. Woha! "Dasar Transformasi Nasional : Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara" Kalau ada yang rajin nak baca Teks Ucapan Belanjawan 2012 yang disampaikan oleh PM : Dato' Seri Najib Razak, boleh klik [SINI] atau [SINI] . Macam2 respon kita dapat lihat. Ade yang positif, ade yang negatif. Semoga apa yang telah dijanjikan, bukan sekadar omong2 kosong. Wallahualam.

SJ RIP | iPhone4S dipertikaikan.

Image
Assalamualaikum. Pagi tadi, seluruh dunia telah digemparkan dengan satu berita kematian Pengasas Apple, Steve Jobs di usia 56 tahun. Dipercayai pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama. R.I.P Alang2 bercakap pasal syarikat Apple Inc ni, suka untuk aku berdiskusi mengenai isu pelancaran iPhone 4S pada 4 oktober yang lalu. Pelancaran iPhone 4S oleh Apple Inc baru-baru ini telah mendapat kritikan hebat dari penggemar Apple apabila iPhone 5 yang dinantikan tidak muncul sebaliknya hanya iPhone 4 yang dipertingkat. Ape perbezaan Iphone 4S dan Iphone 5? Hmm. *click to enlarge* Kritikan terhadap iPhone 4S baru-baru ini saja sudah cukup mempengaruhi apabila saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street. Tim Cook yang menggantikan Jobs pada Ogos lalu memperkenalkan iPhone baru yang mempunyai pengenalan suara dan kamera yang lebih baik, namun ia kelihatan sama seperti t...

Dr. Afifi Al-Akiti | Pensyarah Melayu Pertama di Oxford.

Image
Assalamualaikum. Insyallah, perkongsian kali ni ialah berkaitan seorang anak bangsa melayu yang pertama dilantik sebagai Felo dan Pensyarah di Universiti Oxford, United Kingdom. Namun tak pernah didedahkan umum sehingga hari ni. Sedikit detail mengenai beliau. Dr. Muhammad Afifi Al-Akiti Felo Pusat Pengajian Islam Oxford - Berasal dari Batu Gajah, Perak. - Ijazah Doktor Falsafah : Jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford. - Ijazah Sarjana Muda (Kelas Pertama) : Jurusan Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast. - Menguasai 7 bahasa : Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Klasik Barat spt Latin dan Yunani. -Aktif dalam pelbagai program kemasyarakatan dan dakwah. Untuk pendedahan lebih lanjut boleh tonton video di bawah. "Tanpa PENGORBANAN kita takkan dapat berada dimana kita mahu berada." Wallahualam.

Player M'sia main utk MU!

Assalamualaikum. Best jugak kan kalau ade player Malaysia main untuk Machester United. Haha. Tak pernah lagi dibuat orang. Tapi tak mustahil satu hari nanti. Insyallah. Jom layan video kat bawah ni. Ibubapa memang particular bab akademik ni. Tapi kekadang minat dan hobi seseorang dapat membuatkan dia berjaya dalam hidupnya. Kejayaan dalam akademik semata-mata takkan menjamin kejayaan dalam kehidupan mendatang. Ape yang penting adalah kehidupan selepas bekerjaya. Kerana ia mampu membentuk kehidupan kita di masa hadapan kelak. Sekian untuk renungan kali ni. Wallahualam.

Isu COUPLE. "Pandai macam LEMBU"

Image
Assalamualaikum. Ditengah kesibukan aku menge'print' semua nota2 kuliah aku sebab minggu depan ade Quiz, terasa ingin menaip sesuatu kat dalam laman maya yang semakin sunyi ni. Haha. Ok. Insyallah perkongsian kali ni mungkin ada di antara kita yang dah pun sedia maklum dan mungkin ade di kalangan kita yang tidak tahu. Namun, tidak dapat tidak, aku tetap akan memenuhi ruangan post kali ni berkaitan isu COUPLE. Atau dalam bahasa ibundanya BERPASANGAN. Ayuh dengarkan sikit kisah LEMBU DAN ANJING, yang tak tahu kesahihan sanadnya (Haha.Kidding.) tapi tetap mengandungi pengajaran tersiratnya. ********** LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je? ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi. LEMBU : eh? kenapa? ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!". LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manu...

ISLAM tak semestinya berIMAN..

Image
Assalamualaikum. Pengisian sementara menunggu waktu Zohor. Insyallah suka untuk aku kongsikan sedikit coretan yang berunsurkan pengajaran yang saya perolehi menerusi jaringan sosial 'mukabuku' buat tatapan pembaca. ********** Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”. Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam...

Fenomena UAI di UIA

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang dan ruang untuk aku berkongsikan sedikit cerita mahupun idea di laman sesawang milik seorang hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat dosa ini. Jumaat lalu, seluruh warga UIA mahupun disekitarnya telah dikejutkan dengan kedatangan seorang pendakwah profesional yang terkenal dengan kaedah penyampaian yang sempoi berloghatkan Terengganu. Program yang dirancang oleh Ma'ruf Club dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) ini di namakan Talk Show Ustaz Azhar Idrus . Mengikut sumber dari pihak Permata, Ustaz Azhar Idrus telah lama dirisik sejak Februari lalu untuk dijemput memberi ceramah di UIA ini dan akhirnya terlaksana pada Jumaat lalu. Alhamdulillah. Ustaz Azhar Idrus Namun, disebalik kesibukan pihak penganjur membuat persiapan untuk program ini, timbul satu konflik mengenai venue program ini yang sepatutnya diadakan di Masjid SHAH UIA, namun akhirnya disebabkan tindak...