Wednesday, 5 October 2011

Isu COUPLE. "Pandai macam LEMBU"

Assalamualaikum.

Ditengah kesibukan aku menge'print' semua nota2 kuliah aku sebab minggu depan ade Quiz, terasa ingin menaip sesuatu kat dalam laman maya yang semakin sunyi ni. Haha. Ok. Insyallah perkongsian kali ni mungkin ada di antara kita yang dah pun sedia maklum dan mungkin ade di kalangan kita yang tidak tahu. Namun, tidak dapat tidak, aku tetap akan memenuhi ruangan post kali ni berkaitan isu COUPLE. Atau dalam bahasa ibundanya BERPASANGAN. Ayuh dengarkan sikit kisah LEMBU DAN ANJING, yang tak tahu kesahihan sanadnya (Haha.Kidding.) tapi tetap mengandungi pengajaran tersiratnya.


**********

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disertu. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak sertu dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di sertu.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

**********


Haha. Agak lawak jugak bila dibaca. Namun tetap ade maksud tersirat yang rasanya sangat jelas dan terang lagi bersuluh. Kepada sahabat2 diluar sana yang masih terjebak dengan senario seperti ini, hentikanlah ia sementara sempat.

Teringat pesanan Ustaz Azhar Idrus masa datang bagi kuliah kat UIA tempoh hari. Beliau kata kalau kita berCOUPLE tanpa ade niat untuk jadikan perempuan tersebut sebagai isteri kita kelak, maka perbuatan tersebut adalah HARAM. Namun tak bermakna bila kita berCOUPLE dengan niat untuk jadikannya isteri kita itu dibolehkan. Batas pergaulan tetap perlu dijaga selagi hubungannya masih bukan mahram.

Soalan : Kalau pergi Kuliah Ustaz Azhar Idrus bawak girlfriend. Apa hukumnya?
Jawapan : Boleh. Tapi pergi naik kereta asing2. Kalau nak naik moto berdua, boleh. Yang lelaki duk depan. Yang perempuan duk belakang. Biar ayah duk tengah2 (Gurauan semata2). Haha.

Sekadar perkongsian. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...