Dinner @ KFC with Roomates.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.
Berpeluang meluangkan masa sebentar ditengah kesibukan menela'ah pelajaran dimusim exam pertengahan semester ini.

Alhamdulillah juga kerana telah diberiku ruang dan peluang untuk menghidupkan suasana kegembiraan bersama sahabat-sahabat ahli bilikku apabila menawarkan diri untuk menampung juadah makan malam mereka bermenukan Toasted Pocketful, X Meal Deluxe dan Dinner Plate. Yeah. KFC menjadi pilihan kami.


Walaupun hanya mengambil masa kurang dari 2 jam namun ia tetap menyimpan seribu makna kerana ketika ini sahajalah kami berpeluang berhimpun menikmati juadah bersama. Maklumlah, sejak dua menjak ni, masing-masing terlalu sibuk dengan program masing-masing. Ada yang aktif berpersatuan, ada yang aktif berdakwah dan ada juga yang aktif menjalankan hobinya walaupun sibuk.




Sekadar coretan ringkas untuk kali ini. Wallahualam.

Comments