Islamic Performance Night @ UIAM

Assalamualaikum.

(..Post yang tertangguh..)


Sabtu lepas bersamaan 15 Oktober 2011, aku telah menghadiri satu program sempena Pesta Konvokesyen UIAM iaitu Islamic Performance Night. Program yang pada awalnya menganggarkan kehadiran penonton seramai 2000 orang, namun atas faktor tertentu, hanya 1700+ orang sahaja yang hadir. Majoritinya adalah dalam kalangan muslimat kerana golongan muslimin lebih tertarik untuk menonton siaran langsung perlawanan antara MU dan Liverpool di cafe2 mahallah.

Aku bersama beberapa orang sahabatku masih menetapkan pendirian untuk menghadiri program tersebut dengan harapan ia mampu memberi seberapa banyak input. Untuk pertama kalinya aku lihat penyusunan tentatif atau perjalanan program yang agak menarik dimana forum dijalankan diselang-seli dengan persembahan nasyid dari beberapa kumpulan nasyid tanah air yang dijemput khas. Memang tak membosankan.

Forum : Student Life and Love

Moderator :-
Hafiz Hamidun

Panel Jemputan :-
1) Rosmawati Zainal
2) Akhil Hayy
3) Heliza Helmi

Persembahan Nasyid Jemputan :-
1) Team Nasyid UIAM
2) Devotees
3) Mirwana

Siaran langsung : Nasyid.fm

Sedikit gambar sebagai selingan untuk tatapan semua.

barisan panel dan moderator forum

Team Nasyid UIA

Devotees

Mirwana

Persembahan Penutup dari Akhil Hayy

Wallahualam.

Comments