Demonstarasi Bantahan Pergantungan Prof Dr Abd Aziz di UIAM
Assalamualaikum.
Tengahari tadi, satu Malaysia telah digemparkan dengan berita mengenai satu perhimpunan membantah pergantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari yang dijalankan di halaman Masjid SHAS, UIAM Gombak sejurus selepas selesai solat Jumaat.
Seperti biasa aku menjalankan rutin mingguanku yakni solat Jumaat di Masjid SHAS tengahri tadi. Selepas selesai mendengar khutbah, Iqamat dilaungkan oleh Bilal dan setelah selesai laungan Iqamat, kedengaran satu kekecohan berlaku di bahagian belakang Masjid. Rupa-rupanya, Ketua AMK Samsul Iskandar ditahan di dalam toilet sebelum menunaikan solat Jumaat.
penahanan dibuat semasa Imam angkat Takbir..tindakan yang amat kurang sopannn..
Then, selepas solat Jumaat pulak satu Demonstrasi Mendesak Penarikan Balik Pergantungan Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai Pensyarah Undang-Undang UIAM telah dijalankan diketuai oleh pimpinan Mahasiswa antaranya Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM), Ahmad Syukri Abdul Razab dan Aktivis Mahasiswa, Mohd Hilman Idham. Dianggarkan seramai lebih 700 mahasiswa turut serta dalam himpunan tersebut. Demo tersebut di akhiri dengan penyerahan memorandum bantahan ke pejabat Rektor.
Disebabkan petang tu aku ada kelas, so tak dapatlah aku nak join lama-lama. Tapi yang aku pasti, sampai Nurul Izzah Anwar dan YB Tian Chua jugak turun padang. Statement yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah menerusi Twitter beliau,
"13 tahun sebelum ni, UIA menolak saya, alasan tekanan politik. Sekarang Prof Aziz dimangsakan. Lawan terus. Hidup Mahasiswa!"
- Statement yang dikeluarkan oleh Prof. Dr. Abd Aziz Bari menyebabkan beliau digantung sehingga diberi notis selanjutnya.
"Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam."
-Prof. Dr. AAB-
Ok. Pendapat aku pulak. Hmm. Aku suka respon yang dikeluarkan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berbunyi..Antara perkara yang boleh mengancam akidah orang melayu ialah menganggap titah sultan atau raja itu mesti ditaati secara mutlak..tidak boleh derhaka..tidak mungkin salah..raja dan sultan diberikan kemaksuman sehingga titah mereka bagai al-Quran dan as-Sunnah yang tidak boleh dipertikaikan..ini seakan akidah yang menganggap raja adalah dewa..dalam Islam selain Allah dan rasulNya; boleh dikritik dan dipertikaikan..
Dengan kata lainnya, aku setuju dengan pendapat Dr. MAZA. Malas nak buat apa-apa statement. Kang, tak pasal2 aku pulak kena gantung. Woha!
Sedikit selingan beberapa gambar sepanjang Demonstrasi Bantahan tadi.
padanlah aku tengok ramai 'polis' mundar-mandir keliling masjid sebelum solat Jumaat...
ade jugak aku dalam gambar ni..alhamdulillah..haha..
bila 'pakguard' campur tangan..beginilah jadinya..
subhanallah..ramainyaaa..
penyerahan memorandum ke pejabat rektor..dikawal ketat oleh Security UIA..
PETISYEN MEMBANTAH PENGGANTUNGAN PROFESOR ABDUL AZIZ BARI
klik [SINI]
Wallahualam.
Comments
Post a Comment