Program Bulan Nov-Dis

Assalamualaikum.

Sejak timbul Isu pergantungan seorang pensyarah Undang2 UIAM yang jugak seorang pakar perlembagaan negara tu, memang dah jarang sangat aku mengungkapkan sesuatu yang memang datang dari mulut aku sendiri. Haha. Maaf lah yer. Hajat dihati untuk menyimpan segala penulisan berkaitan isu tersebut di laman blog milik hamba ni untuk dijadikan rujukan di masa akan datang.

Ok. Sekarang ni aku lihat Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) terlalu banyak merangka aktiviti yang mana waktunya jatuh pada bulan Novmber dan Disember tahun ni. Info ni pun aku dapat tahu melalui Group fb (PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA DAN PSSGM NEGERI SELANGOR). Kepada anak2 GAYONG diluar sana mungkin berguna. Berikut adalah aktiviti2 nye.

1. Majlis Gurulatih Pssgm Selangor, mengadakan KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN TALI PINGGANG HITAM (GURULATIH) pada 9-11 December 2011 bertempat Rimba Resourt sg, congkak hulu langat, Dipelawa semua gurulatih tali pinggang hitam menyertainya, Maklumat lanjut hubungi Urusetia, Noramli 0193894649 dan Pn Norma 0163497311-0179508720 .

2. Biro Teknikal Wasit dan Juri PSSGM akan mengadakan Kursus Pemantapan Wasit Juri Gayong Malaysa peringkat Keb. pd 25.11.11 hga 27.11.11 di Rimba Resourt Sg. Congkak Hulu Langat. Bayaran RM 65.00 seorang. Dipelawa semua Wasit Juri PSSGM baru dan Lama menyertainya. Maklumat lanjut hubungi Cgu Faid dan Cgu Rasol.

3. Pemilihan utk Team Pencak Silat kontijen Gayong Selangor Remaja & Dewasa bagi Kejohanan Gayong Kebangsaan di Kedah (21-25 Disember) akan diadakan pd 19 & 20 hb Nov 2011. Format pemilihan adalah pertandingan 1 babak bg olahraga

4. Majlis gurulatih akan menganjurkan ,Kursus Seni Parang satu, berkelayakan bengkong , merah, kuning, pada 9-11 December 2011, tempat Rimba Resourt Hulu Langat, Pertanyaan :urusetia pengelola,En Noramli hp no 019-3894649 dan Pn Norma 016-3497311 x 017-9508720.

5. Program Latihan Gerak Seni Jurus Tunggal
- 11 & 13 november 2011
- tempat latihan PLKU Kajang (akan di update lagi insyaallah)
- Rm30 seorang
- 2 kali makan t/hari

waktu pendaftaran 11 november jam 3-6 petang... berminat sila hantarkan nama pada Ashirah Nurull..tq

6. kepada pesilat2 yang berminat utk mempelajari (jurus tunggal), kelab gayong UKM akan menganjurkan KURSUS JURUS TUNGGAL yang akan dilatih oleh pesilat jurus tunggal putra UKM. Hanya 20 peserta sahaja. Kepada yang berminat sila maklumkan segera sebelum 31 OKTBR..tq

tarikh :12-13 NOV dan 19-20 NOV
tempat : UKM
bayaran : RM30(x termasuk makan)

Fuh~ banyak giler. Semoga post kali ni berguna untuk sahabat2 diluar sana untuk turut serta. Tapi suka untuk aku ingatkan, sebanyak mana program yang kita rangka, tetapi sambutannya kurang dan tak menggalakkan tak guna jugak. Diharapkan selepas ni, bila nak rangka sesuatu adalah lagi molek kita mencari tarikh yang sesuai supaya tak clash dengan aktiviti2 anjuran pihak lain.

Wallahualam.

Comments