SJ RIP | iPhone4S dipertikaikan.
Assalamualaikum.
Pagi tadi, seluruh dunia telah digemparkan dengan satu berita kematian Pengasas Apple, Steve Jobs di usia 56 tahun. Dipercayai pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu meninggal dunia pagi tadi selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.
R.I.P
Alang2 bercakap pasal syarikat Apple Inc ni, suka untuk aku berdiskusi mengenai isu pelancaran iPhone 4S pada 4 oktober yang lalu. Pelancaran iPhone 4S oleh Apple Inc baru-baru ini telah mendapat kritikan hebat dari penggemar Apple apabila iPhone 5 yang dinantikan tidak muncul sebaliknya hanya iPhone 4 yang dipertingkat. Ape perbezaan Iphone 4S dan Iphone 5? Hmm.
*click to enlarge*
Kritikan terhadap iPhone 4S baru-baru ini saja sudah cukup mempengaruhi apabila saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street. Tim Cook yang menggantikan Jobs pada Ogos lalu memperkenalkan iPhone baru yang mempunyai pengenalan suara dan kamera yang lebih baik, namun ia kelihatan sama seperti telefon sebelum ini.
Pada mulanya, ramai penggemar Apple dan pelabur yang menantikan produk terbaru Apple itu. Jangkaan mereka Apple akan melancarkan iPhone 5 sepertimana heboh diperkatakan sebelum itu sebaliknya hampa apabila ianya adalah iPhone 4S iaitu iPhone 4 yang dinaiktaraf.
Pengumuman pelancaran iPhone 4S itu jelas mengecewakan ramai pihak termasuk pelabur sehinggakan mempengaruhi saham Apple. Adakah iPhone 4S itu nanti akan menjadi salah satu produk Apple yang gagal?
Sekadar perkongsian. Wallahualam.
Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/berita-kematian-steve-jobs-kritikan-iphone-4s-dan-iphone-5-bakal-pengaruhi-saham-apple/#ixzz1ZzzmIpVG
Comments
Post a Comment