Monday, 31 October 2011

Kerana WALLET, Badan Binasa.

Asssalamualaikum.

(UNTUK LELAKI: JANGAN DUDUK DENGAN WALLET KAT POKET BELAKANG)

Nasihat kesihatan ini lebih kepada golongan lelaki sebab biasanya lelaki sahaja yang suka letak wallet di poket belakang seluar mereka.


Sebab :

1. Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki.

2. Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.

3. Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.

4. Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.

5. Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.

Pilihan yang terbaik lagi sihat adalah untuk meletakkan dompet/wallet ke saku depan seluar anda.

Jika perlu untuk meletakkan dompet/wallet di poket belakang, anda perlu mengeluarkannya sebelum anda duduk.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...