Tuesday, 25 October 2011

Jangkaan Lebih Buruk Selepas Ini -Prof Abd Aziz-

Assalamualaikum.
(ISU PERGANTUNGAN PROF. DR. ABD AZIZ BARI #2)

Walaupun penggantungannya sebagai pensyarah universiti ditarik balik, pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menjangkakan insiden yang dihadapinya masih jauh daripada berakhir dan mungkin bertambah buruk.


"Mereka (universiti) harapkan saya bekerja macam biasa, tetapi saya kekal sebagai suspek dan polis terus mengganggu saya," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya, walaupun siasatan UIA masih belum membuat sebarang keputusan, penarikan balik penggantungannya hanya bertujuan "menenangkan orang awam".

"Apa lagi selepas ini? Tindakan disiplin daripada UIA?"

Atau, tambahnya, sama ada polis akan mencadangkan pendakawaan terhadapnya dibuat berdasarkan Akta Hasutan.

Aziz berkata, beliau terpaksa meneruskan kerjanya sebagai pensyarah undang-undang walaupun menghadapi pelbagai ketidaktentuan.

Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila beliau mengulas titah Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemeriksaaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Pakar perlembagaan negara itu dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Berikutan itu, beberapa pemimpin BN dan Umno serta media yang dikuasai mereka membidasnya sehingga pada Khamis lalu UIA bertindak mengantung tugasnya.

Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas solat bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan.

Wallahualam.

Sumber : MalaysiaKini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...