Berjaya Serah Memorandum, Kebijaksanaan SRC Dipuji
Assalamualaikum.
Gombak, 26 Okt : Keputusan bijak Majlis Perwakilan Pelajar UIAM atau SRC (Student’s Representative Council IIUM) semalam yang tidak mahu ‘bersama’ gelombang mahasiswa menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Hisahmmudin ternyata membuahkan hasil.
Laporan Gazebo Daily semalam yang memaparkan keadaan SRC yang ‘seakan-akan kecewa’ dengan SMM ternyata berjaya mengelirukan pengawal keselamatan dan anggota polis serta ‘Special Brance’ yang cuba untuk menghalang pergerakan kumpulan mahasiswa terbabit.
‘Taktik dan strategi’ tersebut membuatkan mereka akhirnya berjaya serah memorandum lebih awal kerana sudah menjangkakan pimpinan ‘front-front’ lain akan dihalang atau akan dirampas memorandum.
Memorandum serah lebih awal
Strategi ‘dua kumpulan’ yang digunakan semalam ternyata berjaya melarikan fokus semua anggota yang dikerahkan turun supaya gerakan mahasiswa semalam tidak berjaya diserahkan.
Namun, keputusan bijak kedua-dua pihak iaitu SMM ‘tidak pegang’ memorandum dan menyerahkan kepada SRC ternyata membuahkan hasil kerana berjaya diserahkan dengan sendiri di tangan Menteri KDN untuk diserahkan kepada Perdana Menteri kelak.
Dan walaupun kumpulan gerakan mahasiswa terbabit berjaya ‘diperlahankan’, situasi semalam ternyata meresahkan ramai pihak terutama anggota keselamatan dan pihak polis yang dikerah turun dengan jumlah yang ramai.
“We already submitted the memorandum by hand to YB. Dato’ Seri Hishamuddin. We will follow up this issue… This is our first memorandum… If there is no further action taken by them, we will fight till the end…”, ujar Presiden SRC, Mohamad Iqbal Abd Wahab.
Batal siasatan terhadap Aziz Bari
Diberitakan juga semalam, ketika ingin menyerahkan memorandum tersebut, pegawai keselamatan dan polis pada mulanya menghalang sebarang usaha SRC dan media untuk masuk menemui Hishammudin.
Namun, sebaik sahaja berbincang dan berunding, mereka dibenarkan masuk dengan tiga wakil sahaja bagi menyerahkan sendiri memorandum berkenaan.
Antara yang terkandung dalam memorandum tersebut ialah untuk mendesak Kerajaan Malaysia agar :
1) Memberi kebebasan intelek kepada ahli akademik dalam menyuarakan pendapat.
2) Setiap ahli dalam bidang masing-masing diberi hak untuk megeluarkan pandangan seiring dengan ilmu yang dimiliki dalam bidang mereka.
3) Membatalkan siasatan ke atas Prof. Aziz Bari kerana beliau dalam kes ini, menjadi mangsa akibat kebebasan akademik yang disekat.
Wallahualam.
Sumber : GazeboDaily
Comments
Post a Comment