Fenomena UAI di UIA
Alhamdulillah dan syukur dipanjatkan kepada Allah kerana masih memberi peluang dan ruang untuk aku berkongsikan sedikit cerita mahupun idea di laman sesawang milik seorang hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat dosa ini.
Jumaat lalu, seluruh warga UIA mahupun disekitarnya telah dikejutkan dengan kedatangan seorang pendakwah profesional yang terkenal dengan kaedah penyampaian yang sempoi berloghatkan Terengganu. Program yang dirancang oleh Ma'ruf Club dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Terengganu (Permata) ini di namakan Talk Show Ustaz Azhar Idrus. Mengikut sumber dari pihak Permata, Ustaz Azhar Idrus telah lama dirisik sejak Februari lalu untuk dijemput memberi ceramah di UIA ini dan akhirnya terlaksana pada Jumaat lalu. Alhamdulillah.
Ustaz Azhar Idrus
Namun, disebalik kesibukan pihak penganjur membuat persiapan untuk program ini, timbul satu konflik mengenai venue program ini yang sepatutnya diadakan di Masjid SHAH UIA, namun akhirnya disebabkan tindakan 'zalim' dari pihak tertentu, ia hanya dapat dijalankan di Experimental Hall yang hanya mampu memuatkan seramai 300 jemaah sahaja. Atas inisiatif beberapa pihak, akhirnya mereka meluaskan skop tayangan hingga di bahagian bawah dan luar Experimental Hall tersebut. Dianggarkan sambutan jemaah yang hadir pada malam tersebut adalah seramai 4000 orang. Subhanallah.
Lets the pictures describe everything.
Bahagian Luar Bangunan Experimental Hall
Untuk GAMBAR2 selebihnya..
boleh klik [SINI]..
Untuk tatapan VIDEO ceramah beliau pula..
boleh klik [SINI]..
Mungkin ramai yang menyalahkan pentadbiran UIA kerana tidak membenarkan Masjid SHAS digunakan sebagai venue ceramah ni. Namun diingatkan, pihak UIA mahupun pihak Masjid sendiri tidak ada kena mengena dengan penukaran venue ceramah tersebut. Untuk penjelasan yang detail mengenai ISU ini, boleh klik [SINI].
Sekian untuk kali ni. Semoga segala yang disampaikan oleh UAI pada malam itu dapat menaikkan semangat sahabat2 untuk teruskan kegiatan berdakwah di atas muka bumi ini.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment