ISLAM tak semestinya berIMAN..

Assalamualaikum.

Pengisian sementara menunggu waktu Zohor. Insyallah suka untuk aku kongsikan sedikit coretan yang berunsurkan pengajaran yang saya perolehi menerusi jaringan sosial 'mukabuku' buat tatapan pembaca.


**********

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah. Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam. Tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik “Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”.

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 tadi itu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu. Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata “Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat”. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.

**********

Macammana? Adakah kita rasa lawak dgn cerita di atas. Fikirkanlah.

1. Lawakkan, dari 1,000 org yg mengaku dia ISLAM hanya 20 org yg betul-betul BERIMAN.

2. Lawakkan, berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tadi hanya membawa mesin-gun. Mereka tak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang. Lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi.

3. Lawakkan, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila masa sembahyang Jumaat, niat utk tunjuk muka kat org kampung. Ada tu lagi dahsyat setahun 2 kali saja iaitu bila masa sembahyang RAYA.

4. Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran.

5. Lawakkan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.

6. Lawakkan, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH. Tak cukup masa. Woha!

7. Lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.


Renung2kan dan selamat berfikir.

p/s : Gudluck dan semoga berjaya buat adik2 yang mengambil Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang bermula hari ni. Amalkan DUIT = Doa + Usaha + Iktikad + Tawakal. Insyallah, setelah beusaha. Fasa terakhir yakni tawakal pada Allah.

Wallahualam.

Comments

  1. Ha? Solat jumaat 20 orang je? X cukup syeikh... hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment