Duka & Suka

Assalamualaikum.

Hari ni merupakan antara hari yang paling duka pernah aku hadapi. Bermula dengan bangun tido jer aku dah kena hadapi ketiadaan air di mahallahku. Kalau hari ni hari biasa takpe, ini dahlah hari ni hari jumaat kena pergi siap-siap nak ke masjid untuk sembahyang jumaat, Aduss. So, terpaksalah aku dengan member bilik aku pergi mandi kat mahallah sebelah. Nasib baik bilik kitorang ni dekat tingkat satu. Takdelah kena turun tangga berjela-jela. Habis jer mandi aku pun teringat yang pada hari semalamnya aku ada rendam baju untuk dibasuh pada hari ini. Tapi malangnya disebabkan ketiadaan air aku terpaksa memerah saja baju-baju tu dan terus sidai. Tak dapatlah nak diberus tapi ok la wangi jugak la.

Then pada selepas solat jumaat pulak aku , raja dan marzuk ada plan nak ke pejabat gayong sebab dah janji dengan ishkandar untuk jumpa dia kat sana untuk ambil tengkolak dan songket adat. Kebetulan masa tu abang ihsan pun ada sekali (senior aku) kat pejabat gayong tu. Aku lagi la berkobar-kobar nak pergi pejabat gayong. Sedang-sedang aku dan member aku ni bersemangat menerjah masuk kereta satria pinjaman semata-mata di parking masjid, sedar-sedar bila aku nak start engin jer satu detik kesunyian memecah suasana dimana engin kereta satriaku gagal untuk di start. La..camne lak boleh jadi macam ni. Dahlah aku nak rushing ni. kereta pulak buat hal. Macam-macam usaha yang kami lakukan siap mintak bantuan budak uia lain yang bawak keta lagi tu. Dengan pergi pinjam jumper dari siak masjid, hujan yang turun dengan lebatnya, jumper yang buat masalah, dan siap kena mintak bantuan dari taukeh cafe masjid dan.. dan macam-macam lagi la. Nak dipendekkan cerita lepas solat asar jer siak masjid tu pun dah get ready kereta dia bersebelahan dengan kereta satria ku lepas tu kebetulan kereta taukeh cafe tu pun dah ready dekat dengan keretaku untuk memberi bantuan bateri menerusi jumper. Last-last baru kitorang tahu yang sebenarnya jumper yang kitorang guna tu rosak. Pak cik siak masjid tu ada keluarkan jumper yang lain yang selalu dia guna. Then finally, boleh jugak start engin keretaku. By the time engin boleh start jer kereta abang arif dan ishkandar dah sampai kat masjid. Lepas tu siak masjid tu nasihatkan untuk bawa kereta aku ni jalan jauh-jauh sikit untuk charge balik bateri dia yang lemah. Kami pun mengambil keputusan pergi ke bengkel berdekatan iaitu di SS2, petaling Jaya. On the way kesana pulak kereta abang arif dengan ishkandar kena tahan polis masa road block sebab tak pakai seat belt. Kesian gila aku tengok sebab dah la mereka datang dari jauh semata-mata sebab aku dan raja, lepas tu kena saman RM150 pulak tu. Bapak sedih gila la. Aku kalau boleh nak bayar duit minyak atau belanja dia jer lepas tu tapi sebab masa dah suntuk disebabkan lepas magrib tu aku, raja dan marzuk ada majlis Annual Grang Dinner Silat Gayong kat Uia Pj, tak dapatlah kitorang nak belanja dorang dan penuhi permintaan abang arif untuk tolong hantar ishkandar ke pejabat gayong untuk mengambil moto beliau. Kesian jugak la aku tengok dorang. Walaupun bukan aku yang kena saman, tapi aku still rasa bersalah sebab aku dan raja yang panggil dorang datang kat uia pj. Argghh.. Bapak bersalah aku dengan Abang arif dan Ishkandar. Hanya tuhan saja yang mampu balas pengorbanan mereka. Itulah sebenarnya semangat Gayong. Sanggup lakukan apa saja semata-mata kerana gayong. Aku pun belum tentu lagi sampai ketahap macam tu.

AGD Times !!!

Sekarang ni pasal duka dah habis, aku nak cerita pulak pasal suka. Pada sebelah malamnya pula ada dijalankan satu majlis makan malam bagi meraikan second year yang akan menyambung pelajaran mereka ke gombak dan kuantan termasuklah diriku ni. Aku pulak dahlah kena bagi ucapan sebagai presiden dan for sure wakil dari semua pesilat second year pada malam tu. Tapi jujur aku kata speech aku kali ni paling aku puas hati. Mana taknya first time dalam sejarah hidup, aku bagi speech rasmi kat depan tanpa tergagap dan nervous pun boleh kata kurang sikit dari sebelum-sebelum ni. Tambahan lagi aku ni memang darah gemuruh, asal duduk depan berucap sikit jer dah menggeletar dengan tergagap dan cuaknya. Tapi alhamdulilah malam ni aku berjaya bagi dengan lancar. Disusuli lepas tu dengan ucapan Advisor pssgm uia pj, Ustaz Shapizan dan ucapan Gurulatih, Cikgu Selamat. Boleh kata meriah jugak la majlis malam tu. Makanan yang agak memuaskan nafsu makan.Hehe. Then yang paling aku sukanya, aku satu-satunya yang dapat cenderahati keris yang berwarna emas. Yang lain semua warna silver. Haha. Power tu lagi-lagi disampaikan oleh Cikgu Selamat. Ada petanda ni mana tahu satu hari aku jadi pahlawan terbilang ke. Hahaha.. merepek gila aku. Then pada penghujung majlis ada diadakan sesi bergambar beramai-ramai sebagai kenangan bersama Cikgu Selamat berpakaian adat dengan sandang Waris Beradatnya.

..Pesilat-pesilat second year yang bakal meninggalkan cfs..

..Sahabat-sahabat seperjuangan..

..Srikandi-srikandi gayong uia pj..

..last but not least, diriku yang berpakaian adat (cuma takde sandang jer)..Hehe..

Setelah semua VIP beransur pulang, pihak penganjur yakni first year ada allocate satu slot khas boleh kata macam open talk la dari semua second year student yang nak pindah gombak dan kuantan. Lama jugak slot tu berjalan. Memang jujur aku kata slot malam tu memang aku terharu gila dengan pendapat dan kata-kata jujur yang keluar dari mulut ahli-ahli silat sendiri yang berpendirian bahawa silat gayong uia pj ni telah memberi mereka impak dan kelainan terutama dari segi ukhuwah yang rasanya takde pada kelab-kelab lain. Memang..macam mana yer aku nak jelaskan..Aku puas hati gila la malam tu. Maaf, bukan malam aku rasa masa dah dalam linkungan 2-3 pagi dah. Aku rasa la kalau tak silap aku dalam sejarah uia pj sendiri, silat gayong adalah pemecah tradisi mengadakan annual grand dinner sampai pukul 4 pagi..Memang macam bukan dinner la boleh kata supper or lunch. Ye la sebab dah pagi kan. Haha.. Yang lagi satu menggamit hati aku bila ramai ahli-ahli silat meluahkan rasa isi hati mereka dengan kata lainnya, akhirnya gayong telah bertapak di hati mereka. Aku pulak dalam hatiku tak berhenti mengucapkan alhamdulillah. Sebab itu lah matlamat utama aku nak gerakkan gayong di uia pj ni. Aku nak gayong ni satu hari boleh sebati dengan hidup mereka dan sekarang ni aku rasa gembira sangat sebab kesusahan dan keperitan aku selama ni nak cuba membetulkan apa yang tak betul kat gayong uia pj ni, dengan masalah gurulatihnya lagi dah berbuahkan hasil. Sekarang aku dah percaya kat korang semua, first year student untuk bawak gayong uia pj ni lebih maju bertapak-tapak ke hadapan. Aku harap pemimpin gayong uia pj selepas ni mampu membuat satu kelainan yang baru dari sudut positif terhadap gayong itu sendiri. Kami sentiasa menunggu kejutan anda semua.

Dan selepas slot khas telah diadakan post mortem untuk majlis annual grand dinner tu yang diketuai oleh program manager, Nazrul Arif. Aku, raja dan marzuk beransur pulang kebilik masing-masing dalam pukul 415 pagi. Huhu.. penat gila. dah lah tak sembahyang isyak lagi. ni boleh buat qiamulail sekali ni. Aduss, lupa pulak tak tidur lagi. Haha. Kalau tak dah lama buat solat tahajud, sebab kalau aku tidur confirm lebuh sampai subuh ni. Nasib Baik subuh aku tak tinggal. Alhamdulilah, kami second year student nak ucapkan terima kasih dan satu pujian kepada pesilat-pesilat first year yang berusaha penat lelah setiap malam buat meeting dengan ada exam englishnya lagi. Memang jujur dari lubuk hati kami, "KAMI RASA KAMI DIHARGAI PADA MALAM TU" :):):).. Thanks. All the best for the future. Till we see again. Assalamualaikum.

p/s: kepada sesiapa yang berhutang dengan aku, aku halalkan. dan kepada siapa yang aku ada hutang dengan dia, boleh minta kat aku. Kalau halalkan lagi bagus. Hehe. Aku rindu sangat kenangan-kenangan kita bersilat bersama-sama dari mula sem dulu. Harap-harap kenangan tu takkan kita semua lupakan. Semoga ia akan terbuku dalam sanubariku sampai bila-bila.

*Satu luahan dari hati ke hati ditujukan khas kepada semua anak-anak gayong uia pj. Wallahualam.
(Jangan lupa jadi follower blog aku ni..Hehe.:)

Comments

  1. weh,raja nya warna itam lah..huhu.lagi pelik.mungkin tanda dia nak dpt itam??
    EJA NAMA AKU MARZUQ LAH!!bkn marzuk!

    ReplyDelete
  2. weh,raja nya warna itam lah..huhu.lagi pelik.mungkin tanda dia nak dpt itam??
    EJA NAMA AKU MARZUQ LAH!!bkn marzuk!

    ReplyDelete

Post a Comment