Yeah!! Lesen Penuh..

Salam..hari ini aku rasa seronok sangat sebab hari ini tempoh lesen percubaan aku dah tamat..so, aku pergi tukar lesen penuh kat jpj setapak..

pada mulanya aku rancang nak pergi seorang diri but then member aku tiba-tiba menyuarakan hasratnya untuk membaharukan lesen keretanya juga..so, apa lagi..aku pun ajak dia join aku pergi barukan lesen..

initially kami ingat nak barukan lesen dekat pejabat pos berhampiran dengan kawasan pasar malam sebelah uia pj..tapi malangnya pejabat pos itu tutup..aku pun tak tahu kenapa ia tutup..agak tension pada mulanya..selepas itu, kami pun berbincang seketika sama ada nak barukan lesen dekat pejabat pos atau jpj sebab aku punya lesen bukan barukan tapi kene tukar yang baru..sebab lesen aku yang lama lesen percubaan..akhirnya, kami mengambil keputusan untuk ke jpj setapak..agak jauh juga dan ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai ke sana..

walaubagaimanapun, misi berjaya..kedua-dua lesen berjaya diperbaharui dan ditukar..haha..masa itu aku shok gila..sebab first time in my life pegang lesen penuh..barulah bebas aku nak bawa kereta tanpa ada pelekat 'P'..:)

and then kami bergerak pergi tengok wayang dekat GSC Mid Valley atas cadangan sahabatku ini (Irfan)..mula-mula datang agak terkejut sebab terlampau ramai orang beratur untuk beli tiket..for sure majority semua nak tengok cerita sherlock homes..sebab itu lah movie yang mula-mula kami rancang nak tengok..tapi apakan daya..masa tak mengizinkan..kami terpaksa memilih movie lain untuk ditonton atas sebab dikhuatiri akan habis lewat..sebab malam itu Irfan ada meeting dekat uia..so, kami pun tengok movie pasal Vampire..apa entah tajuknya..hehe..bunyi pun pelik...habis tengok wayang terus bertolak balik uia..

kami sampai uia pj tepat jam 815pm..Irfan terus bergegas ke venue meeting manakala aku pula terus menuju ke bilik untuk berehat kerana pada malam itu juga selepas isyak aku ada latihan silat..penat nak mampus!!itu saja kot..sekian..

Comments

  1. Embrοidered collaг and embroidered along the pockеt flаpѕ makе
    а fаshіon ѕtаtement. SωeateгѕTherе iѕ nо dοubt that
    this tyρe of frаme. The fаshiоn line is expeсted to know and do now a daуѕ, the lоng сaгdigan.


    Stop by mу wеb ѕite :: thοi
    tгang сong ѕо (http://khmerbuddy.com/)

    ReplyDelete

Post a Comment