Bye2 Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor


Assalamualaikum.
(..Sabarlah yer..adalah hikmahnye tu..T_T)

Sekarang ini jam ditangan dah menunjukkan pukul 1.50 pagi. Tapi aku sejujurnya memang dah mula menguap namun masanya masih belum tiba untuk aku melelapkan kelopak mataku. Sebenarnya, sejak belakangan ini aku mula terasa agak lemah semangat. Mungkin sebab utamanya ialah kerana kegagalan aku untuk muncul dalam list pelajar-pelajar yang berjaya menerima Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor yang baru saja diisytiharkan beberapa hari yang lalu.


Pada hakikatnya, memang tak dapat dinafikan bahawa pinjaman yang sekian lama aku nantikan dan sangat-sangat mengharap telah direject di stage yang terakhir yakni selepas selesai temuduga tempoh hari. Pada mulanya, ketika aku membelek senarai nama pelajar yang di short-listkan untuk menerima pinjaman tersebut, hatiku memang dah terasa diri ini tak terpilih namun pada ketika itu aku tetap kuatkan semangat untuk terus membelek senarai nama tersebut. Namun, setelah mendapati namaku tiada dalam senarai tersebut, seolah-olah separuh jiwaku dah melayang meninggalkan jasadnya dan semangatku semakin pudar. Bayangkan hasratku selama ini untuk memperolehi pinjaman tersebut hanya untuk membantu mengurangkan bebanan ibubapaku tak tercapai.

Aku pernah mengimpikan jika aku berjaya memperolehi pinjaman tersebut, aku tak akan meminta bantuan kewangan dari ibubapaku yang sekarang ini masing-masing sudah meningkat ke usia persaraan. Ibuku yang sudah hampir setahun bersara terpaksa menggunakan duit simpanan beliau untuk membantu aku dan adik-beradikku membiayai peralatan dan bahan-bahan pembelajaran seperti buku-buku teks dan rujukan yang menelan kos lebih kurang RM80 sebuah.

Memang terasa diri ini menyusahkan mereka. Kekadang ada juga hatiku terdetik "..buat penat jer aku belajar gila-gila, skor SPM 8A tapi bila sampai kat universiti masih menyusahkan mak ayah mintak duit then beli macam-macam..". Tapi aku sering menasihatkan diriku, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah Maha Adil. Mana tahu sekarang aku susah, satu hari nanti Allah kurniakan aku sesuatu perkara yang baik. Aku sentiasa nantikan satu hari kelak, bila masa aku berpeluang menaburkan jasa dan bakti buat ibubapaku sebagai balasan mereka telah berjaya mendidikku hingga aku sudah berjaya bergelar seorang mahasiswa.

Berikut adalah senarai pelajar yang berjaya menerima pinjaman tersebut.
Tapi senarai dibawah hanya penerima untuk peringkat ijazah sahaja.


*klik to enlarge*

*klik to enlarge*

*klik to enlarge*

*klik to enlarge*

*klik to enlarge*

*klik to enlarge*

Tahniah kepada yang berjaya!!
Korang patut berbangga sebab nama korang ada dalam blog aku. Haha.

*******

Pesanan buat diri..

Ingatlah motif utama kamu berada di Universiti..
Adakah kamu berada disana hanya untuk bersuka ria dan bergembira??..
Adakah semua duit yang ibubapa kamu keluarkan untuk kamu, kamu gunakan ke arah yang betul??..
Alhamdulillah result kamu untuk sem yang pertama memuaskan..
Tapi adakah itu bermakna kamu boleh ambek endah tak endah jer untuk sem-sem seterusnya??..
Sedarlah!!..
Ibubapa kamu sentiasa menantikan sesuatu yang baik dari kamu..
Mereka sentiasa menantikan kamu satu hari nanti memegang segulung ijazah bersama ilmu yang penuh didada..
Mereka juga ingin kamu sentiasa dalam keadaan gembira..
Janganlah kamu hampakan mereka dengan semangat kamu yang lemah..
Lemah semangat kamu, lemah lagi semangat mereka..
Semuanya terpulang kepada kamu..
Kamu yang menentukannya..
Bangkit!!

*******

Akhir kata,
Kalaulah aku tulis nama mak aku dalam ruangan biodata penjaga, dah lama aku tergolong dalam penerima pinjaman ini. Nasi dah jadi bubur.

Sekian.

p/s : Mungkin ada yang kata "alaa..pinjaman jer kot..bukannya biasiswa..". Bagi aku yang aku perlukan ialah bantuan kewangan untuk memudahkan aku menuntut ilmu. Sebab utama pada mulanya aku enggan memohon ptptn adalah kerana bunga yang dikenakan terlalu tinggi. Tapi mungkin sudah ditakdirkan untuk aku memohon ptptn. Aku tetap redha dengan apa yang terjadi. Wallahualam.

Comments

  1. salam...
    nazrul bersabar lah
    insyaAllah setiap yg terjd ade hikmahnye
    yakin &berbaek sangka dgn Allah :)

    btw..result spm kite same...heheh
    give me 5..!!! heh

    ReplyDelete
  2. salam...
    nazrul bersabar lah
    insyaAllah setiap yg terjd ade hikmahnye
    yakin &berbaek sangka dgn Allah :)

    btw..result spm kite same...heheh
    give me 5..!!! heh

    ReplyDelete
  3. sabar lah.. mana la tau ad hikmah d sebaliknya... yg penting kita trus berusaha n bertawakkal.. insyaAllah, Allah akn permudahkan hidup kita kelak dgn izin-Nya

    ReplyDelete

Post a Comment