Bila Malaikat Maut memanggil...Nenek dah takde....

Assalamualaikum.

Innalillahi wainna ilaihi raajiun.....

Sungguh tidak kusangka, detik kesibukan aku semalam menghadapi waktu2 kuliah telah digemparkan dengan berita kematian salah seorang insan yang aku telah anggap seperti nenek sendiri. Yaa. Ibu kepada coach aku, Ckg Habizan. Yang dahulunya telah diuji terlebih dahulu oleh-NYA dengan 'sesak nafas'. Dan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sg. Buloh. Telah di tahan di wad beberapa hari. Namun ketika itu, dengan izin Allah, doktor masih gagal mengesan penyakit Thyroid yang dihidapinya. Lepas beberapa hari, nenek pulang ke rumah selepas doktor membenarkannya.

Namun, selang beberapa hari selepas itu, keadaan nenek bertambah teruk. Sekali lagi beliau di larikan ke hospital. Tapi kali ini, doktor berjaya menemui penyakit yang sekian lama dihidapi oleh beliau yakni Kanser Thyroid. Dahulunya, doktor pernah memberi cadangan untuk membuat satu pembedahan di bahagian lehernya untuk membuang bahagian2 yang terkena kanser. Namun, atas faktor umur dan probability untuk teruskan hayatnya sangat tipis selepas mendapat tahu keadaan nenek yang sebenar, doktor terpaksa membatalkan niat mereka. Ternantilah semua kaum kerabat Nenek, seruan malaikat maut.


26 September 2011, tepat jam 12.05pm, bertempat di penjuru kanan Masjid SHAS Uia Gombak. Ketika sibuk online menguruskan perihal peribadiku, handfon ku berdering dan lantas terdengar suara tangisan Ckg Habizan mengatakan 'Nazrul..Nenek dah takde.. Tolong beritahu yang lain..'. Aku tersentap seketika seolah-olah tidak mempercayai kata2 tersebut.

Aku serta-merta menyusun kata2 menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan menyebarkannya kepada sahabat2 yang lain. Pada masa yang sama menyebarkannya menerusi facebook.


Keadaan sebak terus menyelubungi diriku. Terkenang detik Nenek selalu menyediakan sarapan kami (Team Selangor) setiap pagi. Terkenang detik Nenek selalu menghidupkan suasana pagi kami dengan gelak ketawa. Detik Nenek menganggap kami seperti anaknya sendiri. Namun, hakikatnya, yang datang pasti akan pergi. Allah lebih sayangkan Nenek. Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Patimah tabah menghadapi kematian ini. Salam takziah dari saya sekeluarga.

Wallahualam.

Comments

  1. masih teringat hangat teh o setiap pagi selepas jog.
    masih teringat setiap keping roti disapu jem.
    masih teringat melihat kudratnya membersihkan perkarangan terataknya.

    dan masih terngiang di telingaku, "doakan nenek ya."

    kepada-Nya kita kembali.

    al-fatihah.

    ReplyDelete
  2. masih teringat hangat teh o setiap pagi selepas jog.
    masih teringat setiap keping roti disapu jem.
    masih teringat melihat kudratnya membersihkan perkarangan terataknya.

    dan masih terngiang di telingaku, "doakan nenek ya."

    kepada-Nya kita kembali.

    al-fatihah.

    ReplyDelete

Post a Comment