Facebook dan Yahudi

Assalamualaikum.
(..syubhahkah menyertai facebook??..)

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebanyakan rangkaian sosial seperti myspace dan facebook yang kini telah menarik perhatian ramai golongan kanak-kanak, muda-mudi mahupun golongan yang tua adalah merupakan hasil ciptaan anak muda bangsa yahudi. Seperti contoh, pengasas kepada facebook adalah Mark Zuckerberg, graduan Universiti Harvard merupakan seorang Yahudi yang dilahirkan di New York pada 14 Mei 1984 dan kini antara salah seorang jutawan dan antara orang yang berpengaruh di Amerika. Majalah Time juga turut menyenaraikan Mark Zuckerberg di tempat ke 52 daripada 101 orang di bawah kategori The World’s Most Influential People of 2008.

..Mark Zuckerberg..

Seringkali ditimbulkan persoalan mengenai adakah keuntungan hasil dari penggunaan facebook disalurkan kepada rejim Zionis yang menjajah tanah Palestin sekarang. Setelah melayari beberapa blog agama dan blog ustaz yang specialist dalam fiqh muamalat, jawapan pada persoalan tersebut yang dapat disimpulkan adalah seperti berikut :

1) Apakah hukum menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Umat islam adalah dibenarkan untuk berurusniaga meliputi membeli, menjual dan menggunapakai produk ciptaan bukan islam termasuk yahudi selagi mana ia adalah halal.

Nabi Muhammad SAW juga dalam riwayat hadis sohih telah berurusan dan membuat transaksi jual beli dan cagaran dengan seorang yahudi, iaitu :-

‏أَنَّ النبي صلى الله عليه وسلم اشْتَرَى طَعَامًا من يَهُودِيٍّ إلى أَجَلٍ وَرَهَنَهُ دِرْعًا من حَدِيدٍ

Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW"
( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841)

al-Imam al-Nawawi juga telah membuat kesimpulannya di dalam syarahan beliau kepada Sahih Muslim dengan berkata:

“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka”
[Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Jelas disini, melakukan urusniaga dengan seorang yahudi hukumnya adalah HARUS.

2) Persoalan keuntungan melalui penggunaan facebook disumbangkan kepada rejim Zionis.

Urusan jual beli seorang Muslim dengan bangsa Yahudi hingga membuatkan mereka(Yahudi) untung adalah tak bermasalah disisi Islam. Sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat dahulu banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah.

Cuma persolannya disini adakah keuntungan mereka itu disumbangkan kepada keganasan Yahudi Zionis. Setakat ini, tidak ade sebarang bukti yang kukuh dan jelas menyatakan keuntungan penggunaan facebook disumbang kepada pihak rejim Zionis. Jangan mudah mendakwa sesuatu atau mempercayai dengan semudah itu dengan hanya bersandarkan kepada latar belakang pengasas itu sendiri.

Jika ternyata dari sumber yang sohih, jelas lagi pasti, sesuatu urusan jual beli kita memberikan keuntungan kepada Yahudi yang mana hasilnya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, itu barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama.


Dalam konteks facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah facebook, tidak menyertakan bukti jelas. Semuanya hanya membuat andaian, sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar boleh mengajak kita untuk berhati-hati dan peka sahaja.

Islam tidak pernah mengharamkan Muslim membeli atau menggunakan apa-apa produk dan perkhidmatan daripada bukan Muslim termasuk Yahudi. Mengharamkan pembelian atau penggunaan sesuatu produk atau perkhidmatan hanya dengan alasan ia milik Yahudi, boleh mengheret kita terjebak kepada perbuatan MENGHARAMKAN APA YANG HALAL, yang mana perbuatan itu sama buruknya dengan MENGHALALKAN APA YANG HARAM. Wallahu'alam.

Rujukan:
http://www.zaharuddin.net/content/view/901/72/
http://saifulislam.com/?p=6714

p/s: untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang topik yang dibincang, sila layari blog yang tertulis diruangan rujukan. Korang jugak dimintak memberi sikit komen mengenai 'Facebook dan Yahudi'. Sekian.

Comments

  1. Ak sokong ko, walaupn ak tk taw sgt psl agama niyh... Tp still ak rase cm sumthing wrng jer ble org kate facebook haram... Sbb fB tk plak hramkn org nk brdakwah dlm tue... Still ok lg la bg ak... hahaha!!

    ReplyDelete
  2. aku pun sebenarnye takde lah power sangat bab agama ni, cume aku rase mentaliti orang zaman sekarang ni bile cakap pasal benda yang dibuat/dicipta oleh Yahudi jer mesti dorang pikir benda tu haram. Kalau tak pun dorang mesti kata keuntungan disalurkan kat rejim zionis. aku pun tak paham btol!!. Tapi bak kata ustaz Zaharuddin, kalau kita rase tak yakin atau ragu-ragu dengan benda ni, seeloknye kite ambek langkah berjaga-jaga tapi takde lah sampai nak kecoh cakap bende ni haram. LoLz..btw, thx for the comment.:)

    ReplyDelete

Post a Comment