Walimah 2 Orang sahabatku
Assalamualaikum. SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 55! HAPPY BIRTHDAY TANAH SEMENANJUNG! 31 Ogos juga telah menjadi detik bersejarah buat kedua orang sahabatku. Alhamdulillah. Dua lagi sahabatku telahpun selesai mendirikan 'masjid' hari ini. Dan kedua2 walimahnya berjaya aku hadiri. Selamat Pengantin Baru buat kedua2 sahabatku bersama pasangan hidup mereka. Khairi Azfar & Radiah Hassan bergambar di pelamin bergambar semasa makan beradab Walimatul Urus (Sebelah Perempuan) telah berlangsung di Bandar Tasik Kesuma, Semenyih tadi. Manakala di sebelah lelakinya pula akan berlangsung di Kelantan pada minggu hadapan. Kedua mempelai ini bersua dan mula menjalinkan hubungan mereka sejak berkecimpung dalam dunia persilatan. Kedua2nya merupakan atlit pencak silat UIAM dan telah melakar sejarah dalam hidup mereka pabila berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan atlit Universiti MALAYSIA untuk ke Kejohanan Sukan Universiti Asia tahun 2008 di Universiti Malaya. Masing2 meraih pingat PERA...