Posts

Showing posts from September, 2012

THANKS a lot!

Image
Terima kasih bebanyak. Rupanya disebalik tindak tanduk Nas SETUJU untuk menyertai team kami dalam kejohanan SUA akan datang, abg BOB (Jurulatih Nas) lah yg berjaya memujuk beliau. Sampai sanggup dia turun UiTM Melaka nak pujuk beliau. Thanks a lot bro! Baru tenang sikit hati ni bila semua teammateku officially CONFIRM join game ni. Minggu ni dah kene start pulun habis2an. Ade sebulan je lagi sebelum mewakili Malaysia ke ASEAN University Games kat Laos. Bahang die dah start terasa. Papepun aku tetap kene harungi dunia studyku. Kuiz, Assignment, Projects etc. Wish me luck! Published with Blogger-droid v2.0.9

KUOTA penuh akhirnya

Image
Alhamdulillah. Settle jugak akhirnyaa. Setelah berminggu2 menjadi punca kekusutan di fikiran memikirkan siapakah yg akan memenuhkan kuota team kami untuk ke kejohanan SUA di Laos. Tak cukup kuota memang takde harapan nak pergi. Alhamdulillah bila sorang teammateku akhirnya mengungkapkan kata 'YA' menerusi SMS. Sekarang masa utk memenuhkan detail kat borang atlit. Pastu training pulak. Minggu ni rasenya dah boleh start kawal pemakanan dan build balik fitness. Fuh. C'mon. You can do it! Esok quiz. Aku STUDY dulu. Published with Blogger-droid v2.0.9

BORANG sudah keluar

Image
Assalamualaikum. BORANG BIODATA DIRI sudah keluar! And once I fill up this form and submit it, I will officially be one of the MALAYSIA's athelete involved in ASEAN UNIVERSITY GAMES for SILAT competition this coming December at LAOS. Senarai nama atlit MALAYSIA akan dihantar ke LAOS 30 September ni iaitu TODAY! Once dah hantar, sesi persiapan dan persediaan akan bermula. Dengarnya berlokasikan UPM dan UTHM. Harap2 majoriti latihannya dijalankan di UPM. Takde la jauh sangat nak merantau. Lagi satu sekurang2nya takde la miss class. Ok. Wish me luck!

Bajet 2013!

Image
Assalamualaikum. Sekarang ni heboh semua media pasal bajet 2013 yang baru sahaja dibentangkan oleh PM kita petang tadi. Ade yang sokong. Ade yang tak. Ada yang fikir macam2. Biasalah dah kata manusia. Aku pulak? Hurmm. Just nak SHARE beberapa usul dalam BAJET 2013 yang aku rasa paling HOT dalam kalangan golongan belia khususnya penuntut2 IPT. 1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian TELEFON PINTAR untuk belia berumur 21 - 30 tahun. 2) Pemberian BAUCAR BUKU 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S. 3) Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM 500.00 diteruskan kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah dan RM 250.00 KEPADA ORANG BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM 2000.00 KE BAWAH. 4) BONUS kepada Penjawat Awam 1 bulan setengah gaji. 5) Hutang PTPTN siapa yang bayar habis dalam masa setahun akan diskaun 20% manakala kalau bayar konsisten akan dapat diskaun 10%. 6) Dan lain-lain. Actually banyak lagi. Tapi a...

KL Burger Bakar Ukay Perdana

Image
Assalamualaikum. Burrrkkkkk! Alhamdulillah~ Konyang den. Haha. Melantak di malam hari. First time pekena juadah KL Burger Bakar Ukay Perdana. Mula2 nampak agak kecil tapi bila sekali makan kenyang gila woo. Daging die pulak MAMPAT giler. Memang rasa BERBALOI jugak la keluar RM13 hinggit. Owh. Hampir terlupa. Nama burger ni "BINI-BINIKU GANGSTER". Macam-macam dorang bubuh nama burger dorang. Ade tu KL DRIFT. Pastu ade jugak KL GANGSTER. Memang terpengaruh betul dengan filem melayu. Takpe. Cara marketing dorang kot. Papepun memang layan giler.

Re-Election COMING!

Image
Assalamualaikum. Ok. Kali ni tak tipu dah. HOPEFULLY. RE-ELECTION for IIUM SRC GENERAL ELECTION akan diadakan pada 2 Oktober 2012 secara MANUAL. Agak melecehkan. Sekian lama UIA menggunakan cara E-VOTING, tapi tahun ni buat kelainan sikit dengan MANUAL-VOTING. Hurmm. Kalau lepas ni dorang batalkan jugak, aku tak tahu nak cakap ape. Jangan marah kalau mahasiswa/i UIAM memberontak kalau benda yang terjadi sekali lagi. Take note that! Aku boleh jamin, kali ni punya election CONFIRM tak ramai yang turun 'padang'. Maklumlah sebelum ni dah terasa diri teraniaya. Namun, wahai student2 UIA yang berkaliber, bijak pandai semua, ayuhlah kita langsaikan dan settlekan perkara yang telah menjadi kewajipan kepada kita selaku seorang mahasiswa. Memilih pemimpin yang betul2 layak yang boleh mengubah bi'ah dan sistem dalam UIAM ni ke arah yang betul. Dan yang paling penting mereka yang boleh menegakkan HAK MAHASISWA UIAM. Roger that!

Post Mortem Game TPM 2012

Image
Kemain lama nak post mortem untuk satu game olahraga. Agak terperinci. Tiap 10 saat ade je yang dikomen. Smart! Bawah coach Bijan. Memang berkualiti la semua. Aku rase cam first time je budak UIA kene style postmortem cam gini. Haha. Published with Blogger-droid v2.0.9

UIA di Media

Image
Assalamualaikum. Wehh. UIA masuk berita! UIA masuk paper! Tapi pasai pa masuk paper? Sebab PILIHANRAYA KAMPUS kena buat semula. Agak MEMALUKAN. Setelah bertahun-tahun PRK UIAM berjalan lancar, tapi tahun ni boleh pulak dorang batalkan undian hari tu. Siap diumumkan akan diadakan undian semula secara MANUAL. Nak salahkan sistem. Salahkan bilangan pengundi dan undi yang tak selaras. Ok. No komen. Itu depa punya pasai. Tapi aku rasa cam tak syok pulak UIA masuk paper sebab ni. Kalau masuk paper sebab UIA ni antara universiti yang terhebat ke, pelajar UIA cipta sejarah ke takpe jugak. Ini pasal pilihanraya dan politik kampus. Ok. Harap pelajar2 UIA dapat tenangkan keadaan. Aku tahu sekarang ni masih PANAS di laman group IIUM ONLINE yang berdebat/berhujah/bermaki-makian meluahkan isi hati masing-masing kat dalam tu. Siap hentam orang-orang yang terlibat dengan PRK tu. Kita marah-marah jugak. Tapi harap kita dapat kawal emosi masing-masing. Peace! Minggu depan dijangka mengundi. Harap kali n...

RESTing time

Image
Boleh tahan jugak mamat sebelah aku ni. Betul2 penat nampak gaya tapi still nak mengadap laptop. Haha. Now rest time at SURAU ENGIN E0 before STRUCT D class at 330pm. Katanya ade assignment QUIZ. Walaupun topik yang masuk tu agak mudah sikit sebab pernah belajar sem lepas, tapi still takut tak boleh jawab nanti. Huhu. Biasalah takut soalan komplikated yang keluar nanti. Harap diberi kemudahan untuk kuiz pertama ku sem ni. Amiinnn. Published with Blogger-droid v2.0.9

Sejarah PRK UIAM Terlakar 2012

Image
Assalamualaikum. Dalam banyak2 tahun UIAM menjalani Pilihan Raya Kampus sebelum2 ni, tahun ni lah yang paling pelik. Mula2 janji dengan pelajar2 tepat jam 6pm akan dikeutarakan keputusan PRK UIAM di Experimental Hall. Pastu budak2 dah semangat himpun kasi penuh dalam hall tu, tetiba diumumnya keputusan PRK ditunda ke jam 8pm. Ok. Boleh sabar lagi. Setakat 2 jam, boleh luangkan masa untuk solat Maghrib. But then punye lah semangat pelajar2 UIAM berhimpun balik crowded dalam hall tu, tetibe diumumkan seperti yang tertera dalam gambar di atas. Mana tak panas hati budak2 UIA. Terasa macam TERANIAYA ade jugak. Adakah ini agenda pihak yang lagi satu? Hurmm. No komen. Yang tak boleh tahan, alasannya MASALAH TEKNIKAL. Dan akan diadakan RE-VOTING manually seminggu dari sekarang. What the fishh! First time kot UIAM mengundi dua kali. p/s: Punyelah semangat aku MENGUNDI tadi untuk pertama kalinya. Hehe. Maklumlah tahun lepas calon engin menang tanpa bertanding. Tahun ni yang calon2nya dalam kalan...

Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012

Image
Assalamualaikum. (...Post yang teramat panjang.. Sila tinggalkan post ini jika tak berminat. Hehe...) Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi misiku untuk bulan ini. Mewakili IPT Negara untuk acara Regu Putera dan Tunggal Putera dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di Square One Shopping Mall, Batu Pahat, Johor. Persiapan yang bagiku masih kurang lengkap dengan hanya berbekalkan seminggu untuk mempersiapkan pasukan dengan kehadiran ahli baru dalam team kami iaitu Azam Mokhtar. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran beliau dan tekun berlatih mengejar masa latihan setiap malam pada masa yang sama sibuk menghadiri satu kursus di luar. Setiap hari ulang alik Bangi-UIA Gombak selama seminggu. Pulang tengah malam dengan menaiki moto dalam keadaan penat dan lesu. Sangat menghargai pengorbanan beliau yang sanggup last minit turut serta memenuhkan kuota team kami untuk membolehkan kami menyertai kejohanan tersebut. Thank you! Perjalananku di arena...

Service my CAR

Image
Alhamdulillah. Sekian lama nak hantar kereta myviku ni SERVIS, akhirnya terlaksana jugak hari ni. Standard PERODUA service centre yang biasa aku hantar service, Perodua Ulu Kelang. Berhampiran Zoo Negara. Service yang agak memuaskan. Dan dah jadi kebiasaan sementara menunggu servis tu aku lepak kat McD berdekatan. Jalan kaki lebih kurang 100m gak la. Sarapanku pagi ni DOUBLE SAUSAGE MCMUFFIN set. Yumm. Mentang2 dah habes game, gejala melantak makin terserlah. Haha. Published with Blogger-droid v2.0.9

Pencak Silat Piala TPM 2012

Image
Aku tak pasti kenapa aku lebih PREFER update blog menerusi SMARTPHONE. Mungkin salah satunya disebabkan smartphone aku ni ade problem sikit nak transfer keluar semua gambar2 kejohanan tempoh hari ke laptop. Lagi satu maybe kaedah penulisan ku lebih SANTAI bile ditaip menerusi smartphone. Ok. Sekadar pendahuluan. Hehe. Gambar 1 : Artikel KOSMO bahagian SUKAN bertajuk "AZAM PERTAHANKAN GELARAN JUARA". Bila namaku dinyatakan dua kali di dalam artikel tersebut untuk EMAS kategori REGU dan PERAK kategori TUNGGAL. Sungguh tidak ku sangka. Orang kata entah pape upload gambar keratan yang ade nama sendiri dalam fb. Haha. Ado den kesah? Kalau bukan kita sendiri nak BANGGA dengan pencapaian kita, siapa lagi? Tak gitu? Hurmm. Papepun. Alhamdulillah. Terasa menusuk ke dalam hati ni bila digelar SKUAD NEGARA dalam artikel tersebut. Walaupun pada hakikatnya hanya diperingkat IPT. Bak kata coach aku kalau sekadar main dalam negara, tak terasa sangat bahang berjuang atas nama "tanah tum...

Tulang Belakangku semasa BERJUANG II

Image
Gambar 1 : My TEAM. Of kos. MALAYSIA. Walaupun ukhuwah antara aku dan mereka pada mulanya tak begitu rapat gara2 latihan pusat yang dijalankan secara berasingan. Namun, di hari terakhirnya jelas kelihatan eratnya kami sepasukan. Bersorak di bawah satu panji. Mengeluarkan suara sekuat2nya melaungkan 'AUMMM!' sebagai menyambut laungan kapten kami 'MALAYSIA!' Terasa lain benar bila berjuang atas nama negara ni. Honestly speaking pengalamanku semasa berada dalam gelanggang tempoh hari, terasa seolah2 SELURUH rakyat Malaysia memberi HARAPAN yang tinggi buat diriku untuk mempersembahkan yang terbaik pada malam itu. Sangat2 mendebarkan bilamana saat wisel permulaan ditiupkan. Dan hembusan nafas lega bila wisel pengakhiran ditiupkan. Dan saat lega juga terpancar di air muka jurulatih bila pihak KETUA PERTANDINGAN menyatakan masa yang dipersembahkan TEPAT 3 minit. Terima kasih my teammates. Sorakan dan sokongan kalian secara tak langsung telah menyumbangkan semangat dan kekuatan...

Tulang Belakangku semasa BERJUANG

Image
Gambar 1 : Seorang insan yang aku telah anggap sebagai ADIK KANDUNG sendiri walaupun penat melayan kerenah beliau. Hehe. Sejak tahun 2006 ketika dibangku sekolah menengah lagi yakni SMKSP, kami telah berjuang bersama dalam kategori REGU sehingga pada tahun 2006 telah berjaya dinobatkan sebagai JUARA KEBANGSAAN pertandingan peringkat sekolah2 kebangsaan dan jemputan antarabangsa di Negeri Sembilan. Pada tahun 2007 pula kami sekali lagi berjaya tembus ke arena sekolah2 kebangsaan namun hanya sekadar meraih pingat PERAK. Perjuangan kami diteruskan lagi diperingkat SUKAN SELANGOR (SUKSES) pada tahun 2009 dan berjaya mendapat JOHAN sekaligus mengangkat kami ke level seterusnya yakni SUKAN MALAYSIA (SUKMA) pada tahun 2010. Rezeki kami di SUKMA terhalang gara2 permainan politik dari pihak penganjur, namun kami tak mengalah. Bulan demi bulan, tahun demi tahun kami giat berlatih hingga kami berpeluang menyertai Kejohanan Silat Kebangsaan pada tahun 2010 dan 2012 yang mana ianya merupakan pemili...

Impianku bergelar PESILAT NEGARA tercapai!

Image
Alhamdulillah. Sangat3 bersyukur. Tak henti2 ku ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAH. Setelah secara rasminya namaku di sebut oleh MC ketika majlis penyampaian pingat tempoh hari di Square One Mall, Batu Pahat sebagai JUARA Regu Putera dan NAIB JUARA Tunggal Putera kategori IPT Antarabangsa. Akhirnya impianku untuk menyarungkan baju MALAYSIA tercapai. Untuk kategori  REGU PUTERA, saingan kami ialah atlit2 dari negara SINGAPORE(no 2) dan THAILAND(no 3). Manakala sainganku untuk kategori TUNGGAL PUTERA pula ialah atlit2 dari negara SINGAPORE(no 1) dan LAOS(no 3). Dan untuk pengetahuan, atlit TUNGGAL putera dari kedua negara yang menjadi sainganku tempoh hari merupakan atlit elit negara mereka yang telah beraksi pada kejohanan SEA GAMES sebelum ni. Alhamdulillah, aku mampu untuk menewaskan LAOS walaupun masih tewas dengan pesilat dari SINGAPORE. Masih banyak yang perlu ku pelajari dan perbaiki. Moga kejayaanku kali ni tak menjadikan aku seorang yang sombong dan riak dikemudian hari sebalik...

Speech MANIFESTO from CANDIDATES

Image
Bila calon2 PRK berucap mengenai MANIFESTO mereka. Masing2 cuba menyakinkan para pengundi disekeliling mereka. Itulah fenomena biasa bila menjelang Pilihan Raya Kampus dimana2 universiti sekalipun. Namun, untuk PRK tahun ni agak kelainan sikit kerana majoriti kalangan calon2 adalah sahabatku. Mereka yang aku kenal punyai kelebihan dan kredibiliti masing2 yang tersendiri. Petah berhujah dan berucap dihadapan khayalak ramai. Sangat update dengan isu politik semasa di dalam dan di luar kampus. Bagiku mereka sangat layak. Namun, diingatkan kpd calon2, harap janji(manifesto) kalian akan kalian tunaikan jika rezeki PRK tahun ini berpihak pada kalian. VOTE for the future! TOMORROW is the day. Ayuh! Published with Blogger-droid v2.0.9