Tulang Belakangku semasa BERJUANG II

Gambar 1 : My TEAM. Of kos. MALAYSIA. Walaupun ukhuwah antara aku dan mereka pada mulanya tak begitu rapat gara2 latihan pusat yang dijalankan secara berasingan. Namun, di hari terakhirnya jelas kelihatan eratnya kami sepasukan. Bersorak di bawah satu panji. Mengeluarkan suara sekuat2nya melaungkan 'AUMMM!' sebagai menyambut laungan kapten kami 'MALAYSIA!' Terasa lain benar bila berjuang atas nama negara ni. Honestly speaking pengalamanku semasa berada dalam gelanggang tempoh hari, terasa seolah2 SELURUH rakyat Malaysia memberi HARAPAN yang tinggi buat diriku untuk mempersembahkan yang terbaik pada malam itu. Sangat2 mendebarkan bilamana saat wisel permulaan ditiupkan. Dan hembusan nafas lega bila wisel pengakhiran ditiupkan. Dan saat lega juga terpancar di air muka jurulatih bila pihak KETUA PERTANDINGAN menyatakan masa yang dipersembahkan TEPAT 3 minit. Terima kasih my teammates. Sorakan dan sokongan kalian secara tak langsung telah menyumbangkan semangat dan kekuatan kepadaku untuk cuba mempersembahkan yang terbaik pada malam tersebut.

Gambar 2 & 3 : Sahabat seperlatihan. Syahidah Atiqah Saarim (Syida) , Syahidah Hishamuddin (Sya) dan Sharipah Nurhafizah (Pija). Yang sama2 bertapa di PERGUNUNGAN PALIMBAYAN selama berhari2 dan berminggu2. Mengadap muka yang sama ketika latihan teknik, fitness, makan, larian, main getah, baling telur dan tepung semua. Haha. Such an interesting memories we have gone through together. Thanks for the supports. You all suppose to be the Malaysian atheletes for this game. Tapi mungkin rezeki kalian ketika Kejohanan Sukan Universiti ASEAN kelak. Insyallah. Harap kita dapat sesama membawa nama negara akhir tahun ni ke LAOS. Aminn.

Gambar 4 : Antara team ipt yang paling rapat dengan aku. Team Harimau Putih, UPNM! Mat Rock, Angah, Wak, Adib, Faiz, Joe, Shahril, Eqin, Luqman, Firdaus, Wani, Atin dan yang lain2. Maaf la dah tak ramai kenal cam dulu. Maklumlah, ramai muka2 baru. New intake la katekan. Insyallah ade rezeki dapat kenal yang lain dgn lebih rapat. Papepun, korang memang terbaik! Ukhuwah antara korang yang sangat mantop. Walaupun tahun ni tak dapat kekalkan JUARA KESELURUHAN IPT Tempatan seperti tahun lepas, tapi bagiku pencapaian yang agak membanggakan. Dengan berbekalkan atlit2 'biasa' dapat menghasilkan sesuatu yang 'luar biasa'. Thanks for the supports guys. Till we meet again on the next game insyallah.

Tiada Gambar : Mesti pelik kan sebab aku tak nyatakan PARENTS aku sebagai tulang belakang perjuanganku. Haha. Ini kerana mereka bukan saja tulang belakang, malah 'NYAWA' kepada perjuanganku. Kalau tanpa SUPPORT dan SOKONGAN mereka, aku takkan sampai ke tahap ini. Mereka yang tak putus2 mendoakan kejayaanku walau aku berjuang di mana sekalipun. Jelas terpancar kegembiraan di muka mereka bila mereka lihat namaku terpapar di dalam artikel berkaitan kejohanan tersebut di dalam KOSMO tempoh hari. Terima kasih sangat3! Love you both. Doakan kejayaan anakmu ini di LAOS akhir tahun ni insyallah. Amiin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments