Tuesday, 4 September 2012

KEM Pemantapan Atlit Tak Jadi

Shoooot! Kata WAJIB pergi Kem Pemantapan Atlit untuk ke Sukan Universiti ASEAN. Tetibe pulak tadi call coach Peja, die cakap "Takpe. Takyah datang. Datang hari JUMAAT je. Sebab Jumaat ni PENTING.Kalo pergi PERAK skrg, dalam HUTAN, takde sape nak amik awak nnt." -_-;; Biar betol ape yang die cakap ni. Hurmm. Buat penat je packing semua barang, tinggal nak melangkah keluar rumah je. Makan malam pulak siap tahan lapar sebab dah plan nak makan kat RnR. Alih2 diCANCELkan. Huhu. Kem tu kat Sungkai, Perak kat dalam HUTAN. Rupanya KEM NADI ni biasa digunapakai oleh Team PELAPIS untuk menjalankan KEM Motivasi. Smart jugak. Baru ingat nak merasa duk dalam kem bersama atlit2 Malaysia. Err. Walaupun kitorang ni JUST wakil UNIVERSITI Malaysia, tapi as long as ada title MALAYSIA bagiku sudah memadai. Bila berjuang atas nama negara ni terasa lain sikit. Semangat nak training pun rase lain. Biar training berhempas pulas sampai nak mati tapi bila fikir sebab bawak nama NEGARA mesti terasa nak PERFORM sehabis baik. Orang kata nak JAGA nama dan reputasi negara. Hoho. Itu semua member aku yang dah pernah wakil Malaysia yang cakap. Aku? Ini lah baru first time nak merasa. Biar ape yang terjadi, aku tetap nak fight pertahankan tempatku dalam kalangan atlit Malaysia yang akan ke game SUA kat LAOS nanti. Yeah! Doakan aku bersama teammateku dapat ke sana. Amiin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...