Hampir Eksiden

First sekali TOLONG jangan anggap kereta tersebut adalah kereta aku dan yang memandu di dalamnya ialah aku. Haha. Drifting memang best. Tapi yang tak bestnya kalau ia berlaku diluar kawalan kita seperti yang terjadi kat aku petang tadi. Seriusly MENGGERUNKAN. Tempat kejadian ialah di jalanraya laluan turun dari puncak Ukay Perdana. Berhadapan gerai kuih (Jalan Zibra line) yang terletak sebelum satu simpang sebelah kiri. Petang tadi hujan takde lah lebat sangat. Tapi pasang viper jugak lah. Tak sangka jalan kat situ boleh licin pulak. Bayangkan first time in my life buat drift 270 darjah. Mula2 pusing stering sebelah kanan. Yela kan dah selekoh kanan. Tetibe kereta bergelongsor ke kiri. Bila pusing sebelah kiri pulak, kereta gerak sebelah kanan. SERAM woo. Tersentap jugak la. Naseb baek takde kereta kat belakang. Dua kali terjadinya pergelongsoran pastu baru masuk DRIFT 270 darjah dan berjaya aku stopkan kereta tu. Sikit lagi nak kene divider sebelah kiri tu. Fuh! Orang sekeliling dah pandang semacam je. Takde keje buat 'AKSI' tengah2 hujan jalan LICIN. Huhu. Padahal dalam hati kita mase tu duk fokus nak STOPkan kereta. Serius CUAK. "Ya Allah. Aku bersyukur kerana Engkau masih memberiku PELUANG untuk teruskan hidup secara NORMAL." Lepas tu TRAUMA aku nak pecut lebih dari 100km/h. Huhu.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

  1. alhamdulillah anda selamat

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah awak selamat juak....singgah sini...Follow sekali...(^^) salam kenal...http://hegelatan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment