Kelas habis LEWAT. Ngantok!

Serius NGANTUK giler mase kelas terakhir tadi. Kelas GEN4100 kul 5-620pm. Kelas berderet dari pagi. Memang mengantok la kan. Tapi kelas aku tadi takde la sampai tahap KRITIKAL  cam dalam gambar (Gambar 1) kat atas ni. Haha. Dah la memang ngantok pastu bole pasang video pulak masa kelas tadi. Video pulak berkonsepkan SEJARAH Islam dulu. Mengenai kebangkitan ilmu sains dalam Islam. Menarik tu memang menarik tapi mungkin SALAH timing kot. Huhu.

Dah lama tak merasa kelas lewat2 petang camni. Actually selalu je ade kelas petang camni dulu tapi tu kelas TUTOR la. Bole sukati nak datang ke tak. Tu yang TAK PERNAH datang pun ade. Haha. Nahh kau! Sem ni WAJIB datang semua kelas. Baik KULIAH mahupun TUTOR kalau taknak kene BAR dalam final exam nanti la en. Huhu. Kesannya sekarang ni dalam seminggu ade dua hari aku tak bole berSENAM PETANG iaitu petang ISNIN ngan RABU. Nasib baik minggu ni jer aku jenuh nak kejar FITNESS. Game minggu depan. Papepun Alhamdulillah, 4 kelas dah SETTLE PELEPASAN (Gambar 2)  untuk sepanjang minggu depan. Cuma ade satu kelas je yang aku masih teragak2 nak SKIP. Kelas AUTOLAB. Sekali skip kene buat experiment ngan report sorang2. Siksa wooo. Maybe kene runner kejap kot balik UIA khamis depan sebab nak ATTEND lab ni. Huhu. Habislah DUIT aku. Keluar cam air je. Harap2 berbaloi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments