Impianku bergelar PESILAT NEGARA tercapai!

Alhamdulillah. Sangat3 bersyukur. Tak henti2 ku ungkapkan kalimah ALHAMDULILLAH. Setelah secara rasminya namaku di sebut oleh MC ketika majlis penyampaian pingat tempoh hari di Square One Mall, Batu Pahat sebagai JUARA Regu Putera dan NAIB JUARA Tunggal Putera kategori IPT Antarabangsa. Akhirnya impianku untuk menyarungkan baju MALAYSIA tercapai.

Untuk kategori  REGU PUTERA, saingan kami ialah atlit2 dari negara SINGAPORE(no 2) dan THAILAND(no 3). Manakala sainganku untuk kategori TUNGGAL PUTERA pula ialah atlit2 dari negara SINGAPORE(no 1) dan LAOS(no 3). Dan untuk pengetahuan, atlit TUNGGAL putera dari kedua negara yang menjadi sainganku tempoh hari merupakan atlit elit negara mereka yang telah beraksi pada kejohanan SEA GAMES sebelum ni. Alhamdulillah, aku mampu untuk menewaskan LAOS walaupun masih tewas dengan pesilat dari SINGAPORE. Masih banyak yang perlu ku pelajari dan perbaiki. Moga kejayaanku kali ni tak menjadikan aku seorang yang sombong dan riak dikemudian hari sebaliknya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk menempa kejayaan di kejohanan akan datang. KEJOHANAN SUKAN UNIVERSITI ASEAN di LAOS bulan Disember ni. Moga aku berpeluang beraksi dan menggemakan satu dewan pertandingan di sana dengan lagu NEGARAKU. Amiinn.

Akhir kata, terima kasih yang tak terhingga buat coachku CIKGU HABIZAN OTHMAN yang aku anggap tidak lebih sebagai seorang ABANG dan PEMBIMBING dan PENDIDIK yang sentiasa memberi semangat dan dorongan kpdku sepanjang persediaan untuk kejohanan tempoh hari. MAK dan AYAH yang tak putus2 mendoakan dan memberi support terhadap karier atlitku. Adik beradik, sahabat2 dan semua yang mengenali diri ini.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments