Dikenali di ALAM MAYA

Selesai sudah latihan untuk sesi pagi yang berakhir setelah berkumandang AZAN Zuhur. Tu naseb baik dengar azan, kalau tak dah lame habes lewat sikit. Haha. Latihan teknik FULL SET 5 kali untuk kategori REGU dan 2 kali untuk kategori TUNGGAL tangan kosong. Lunyai habes. Dengan tak bertenaga dan lesu. Permainan agak lembab dan tak aggresif. Mungkin faktor cuaca kot. Huhu. Mula2 PANAS TERIK pastu HUJAN tetibe.

Baru ku tahu dan sangat2 tak kusangka penulisanku selama ini telah menjadi tatapan sahabat2 sepersilatan dari UKM. Telah menjadi sumber inspirasi mereka untuk menaikkan mood dan semangat mereka bersilat. BUKAN nak bangga atau riak. Cuma diri ini terasa MALU dan SEGAN kerana kaedah penulisan yang kurang profesional dan agak bersantai tapi masih ada kelibat pembaca2 yang setia. Sangat respek pada mereka. Bayangkan sampai tahap publishkan blog aku kat dalam group fb UKM Silat Team. Waaa! Segan siut! Rupanya dorang kenal aku. Aku je yang tak kenal dorang.

Tapi mungkin sekarang ni penulisanku di blog rasmi Jejak Musafir tak sekerap dulu. Kerana aku rasa selesa sikit bila berceloteh kat sini. Walaupun hajat dihati nak menjadikan blog ni PRIVATE. Tapi bila fikir balik cam tak syok pulak tulis dan baca sendiri. Siapa yang terserempak dengan blog ni tu kira rezeki la tu. Haha.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments