Dreams VS Studies


Assalamualaikum.

Terasa lama benar tak mencoretkan sesuatu di blog ni. Maklumlah sekarang ni dah punyai lagi satu blog yang lebih berkonsepkan penulisan santai. Sekarang ni keadaanku sangat sangat sibuk dengan persiapan menjelang Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) 2012 yang akan diadakan di Square One Mall Batu Pahat Johor pada minggu depan. Terasa berjauhan dengan sahabat2 yang dahulunya rapat dan selalu bersama. Sarapan bersama. Lunch bersama. Dinner bersama. Berjauhan dengan roomate yang selalu meluangkan masa menonton movie sambil bergelak ketawa bersama setiap malam. Berjauhan dengan family yang selalu memberi sokongan kepadaku walaupun berjauhan dan jarang bersama sejak dua menjak ni. Sangat terasa diri ini pentingkan diri. Namun itulah hakikat yang patut aku terima. Pengorbanan yang sentiasa bertali arus. Sekarang sangat sibuk dengan kejohanan TPM. Hujung tahun ni pula bakal sibuk dengan persiapan untuk ke Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN di Laos.

Stress!
Zon stress kian melanda. Dalam keadaan persiapanku yang masih kurang. Prestasi yang masih kurang memberangsangkan. Dengan segala masalah dan isu2 yang perlu ke tempuhi sebelum tiba ke hari kejadiannya. Bermain untuk dua kategori. Berjuang atas nama negara. Sangat sangat membuatkan diri ini sentiasa tertanya, adakah aku bersedia untuk tempuhi semua ini? Dengan ketidak hadiranku ke kelas sepanjang minggu depan. Sesetengah pensyarah yang tak menunjukkan sokongan terhadap perjuanganku. Segala pelajaran selama seminggu yang terpaksa ku cover sendiri kelak. Semakin banyak aku berfikir, semakin banyak yang bermain di kepala ni. Betullah kata seorang sahabtku ni, aku terlalu banyak berfikir dan kekadang perkara yang aku fikirkan sehingga berminggu2 lamanya tak kemana. Resolusi tak dicapai tapi hanya timbul kekusutan di akal fikiran.

7-9 September 2012
Aku menghadiri sesi pemilihan dan latihan pusat kontinjen silat Malaysia untuk ke kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012. Bersama sahabat2 atlit Malaysia berlatih. Pertama kalinya berlatih dibawah arahan Coach Peja (Faizal) dan Coach Bob (Azrin). Kaedah pembawakan yang berlainan. Cara latihan yang agak berbeza. Berlatih bersama2 atlit2 UTHM kerana kebetulan latihan pusat tersebut dijalankan di UTHM.


Tempat Latihan

Our Coaches

Kolej PERWIRA


Alhamdulillah. Namaku telah pun tersenarai di ruangan pesilat2 kategori REGU PUTERA Malaysia. Hanya perlukan komitmen dan kerjasama sepanjang sesi latihan. Perjalanan masih jauh. 2 bulan setengah lagi sebelum tiba ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN. Namun latihan tetap diteruskan.

Midterm, Assignment, Quiz



Kesemua kelas untuk minggu pertama telah pun selesai. Tarikh2 penting yang bakal diadakan Midterm dan quiz pun ada yang telah diberitahu. Apa yang aku harap ialah pembahagian masa yang effisyen untuk memaintainkan CGPAku untuk sem ni. Waktu belajar, waktu latihan, waktu melepaskan stress beriadah, waktu makan minum dan sebagainya. Sangat sangat mencabar. Subjek kini makin sukar. Dan bantuan serta sokongan dari sahabat2 sangat aku harapkan.



Pernah terdetik untuk bercuti belajar selama satu sem gara2 ingin memberi perhatian sepenuhnya untuk persiapan ke Kejohanan Sukan Universiti ASEAN akhir tahun ni. Namun setelah berfikir dan mengambil kira beberapa faktor lain, aku terpaksa membatalkan niat tersebut. Dikhuatiri memberi kesan pada jadual pengajianku sepanjang tahun ketiga ini especially praktikalku yang dijadualkan pada semester ke tiga tahun depan.

Impian dan Cita-Cita
Selangkah kehampiri. Bak kata Lin Kin Park, One Step Closer. Aku bakal melakarkan sejarah dalam hidupku untuk menyarungkan jersi Malaysia memperjuangkan nama negara di Laos akhir tahun ni. Doakan agar ianya terlaksana. Amiin.

Sekadar luahan hati. Wallahualam.

Comments