Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012
(...Post yang teramat panjang.. Sila tinggalkan post ini jika tak berminat. Hehe...)
Alhamdulillah, selesai sudah satu lagi misiku untuk bulan ini. Mewakili IPT Negara untuk acara Regu Putera dan Tunggal Putera dalam Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2012 di Square One Shopping Mall, Batu Pahat, Johor. Persiapan yang bagiku masih kurang lengkap dengan hanya berbekalkan seminggu untuk mempersiapkan pasukan dengan kehadiran ahli baru dalam team kami iaitu Azam Mokhtar. Alhamdulillah dengan berkat kesabaran beliau dan tekun berlatih mengejar masa latihan setiap malam pada masa yang sama sibuk menghadiri satu kursus di luar. Setiap hari ulang alik Bangi-UIA Gombak selama seminggu. Pulang tengah malam dengan menaiki moto dalam keadaan penat dan lesu. Sangat menghargai pengorbanan beliau yang sanggup last minit turut serta memenuhkan kuota team kami untuk membolehkan kami menyertai kejohanan tersebut. Thank you! Perjalananku di arena atlit di kejohanan kali ni agak berlainan dari sebelumnya. Perjuangan kami kali ini dibawah panji 'Jalur Gemilang'.
Team MALAYSIA! 14 EMAS 3 PERAK 5 GANGSA |
Sebelum Kejohanan :
Seminggu sebelum kejohanan tersebut, kami ( Team Regu Putera) terpaksa berlatih berasingan dengan atlit2 Malaysia yang lain yang mana berpusat di UTHM, Johor atas faktor komitmen belajar. Terkejar-kejar menjalani sesi ADD and DROP. Pada masa yang sama terkejar-kejar menghadiri sesi kuliah yang pertama yang mana kami ambil peluang menyampaikan surat pelepasan untuk kejohanan seminggu tersebut kepada semua lecturer untuk setiap subjek. Ade lecturer yang supportive. Ade yang tak supportive. Ade yang condemn pun ada. Namun, pilihan yang telah ku putuskan tetap untuk mengutamakan kejohanan tersebut. Sepanjang seminggu terakhir sebelum kejohanan tersebut, kami bertiga telah menjalani sesi latihan intensif pada setiap malam bersama Team Silat UIAM. Sangat sangat tertekan dalam keadaan diriku yang terpaksa memberi fokus untuk dua kategori iaitu Regu dan Tunggal. Pada setiap petangnya pula aku tak henti-henti menjalani latihan fitness di Stadium Saidina Hamzah UIAM. 2.4km running atau 6 pusingan stadium. Alhamdulillah berjaya juga mencatatkan rekod peribadi selama 11.04min. Semakin hampir dengan kejohanan, semakin banyak perkara yang bermain dalam fikiranku. Dan yang paling mengganggu fokusku ialah dilemmaku sama ada untuk bermain untuk kedua-dua kategori ini atau hanya fokus pada satunya saja yakni Regu.
Semasa Kejohanan :
Ketibaan kami di bumi Batu Pahat agak lewat berbanding pasukan-pasukan lain. Manakala Team Malaysia yang telah lama bertapak di Batu Pahat kekal di penginapan semasa mereka menjalani latihan intensif di UTHM sebelum ni. Square One Shopping Mall menjadi venue kejohanan. Namun keluasan tak seluas dan seselesa kejohanan TPM sebelum ini yakni di Times Square, KL. Dengan penginapan setiap pasukan yang berasingan. Pengendalian kejohanan yang bagiku agak kurang memuaskan. Namun, kehadiranku di sana tetap dengan misiku memburu gelaran juara.
Pada 18hb September di sebelah petangnya telah berlangsungnya pertandingan untuk kategori silat seni peringkat IPT Tempatan. Ramai dalam kalangan sahabat-sahabatku yang turut serta. Namun aku ketika itu hanya sebagai penyokong mereka. UIAM, UPNM dan UiTM. Alhamdulillah dengan berkat usaha gigih mereka, majoriti antara mereka berjaya membawa pulang pingat. TAHNIAH!
EMAS
1) Team UiTM
Tunggal Putera : Hilmi Asmawi
Tunggal Puteri : Syahidah Hishamuddin
Regu Puteri : Syahidah Atiqah Saarim, Syahidah Hishamuddin, Sharipah Nurhafizah
2) Team UPNM
Regu Putera : Mat Rock, Angah, Wak
3) Team UIAM
Ganda Putera : Ishkandar Zulqurnain, Ibnu Shaban
PERAK
1) Team UIAM
Tunggal Putera : Nazrul Arif
2) Team UPNM
Tunggal Puteri : Nurul Ashiqin
GANGSA
1) Team UPNM
Ganda Putera : Firdaus, Luqman
Rakaman persembahan mereka selamat dalam simpananku. Hehe. Tanggal 20hb September pula jatuh pada hari yang mana dipertandingkan kategori Silat Seni peringkat Antarabangsa. Disebelah malam nya dengan penyertaan hanya beberapa buah negara iaitu Malaysia, Singapore, Laos, Thailand dan Brunei.
Skuad Silat Seni Negara :
Tunggal Putera (PERAK) :-
Nazrul Azam Aliasaa
Tunggal Puteri (EMAS) :-
Nur Naema Nayan
Ganda Putera (EMAS) :-
Mohamad Hafiz Mohd Arif
Abdul Hanif Hasbullah
Ganda Puteri (EMAS) :-
Nor Haliza Muaidi
Nurul Amalina Subki
Regu Putera (EMAS) :-
Nazrul Azam Aliasaa
Muhd Hanif Aminuddin
Muhd Azam Mokhtar
Regu Puteri (EMAS) :-
A'ain Hidayah Ahmad Fua'ad
Nurul Atiqah Mohamad
Nurhaniza Nordin
Alhamdulillah, skuad silat seni negara berjaya menyumbang 5 Emas dan 1 Perak. Pengalaman pertama bermain atas nama negara. Aku teringat lagi detik menjejakkan kaki kananku melangkah masuk ke dalam gelanggang ketika mempersembahkan Jurus Tunggal tempoh hari. Jantungku yang semakin kencang dan nervousku yang semakin melonjak tinggi. Dalam hatiku sentiasa terdetik memegang harapan semua yang berada di sekeliling gelanggang tersebut secara khususnya dan harapan seluruh rakyat Malaysia secara amnya. Ketika membuat bunga sembah sebelum bermulanya persembahaan tunggalku tempoh hari dalam keadaan aku mendongak ke atas. Ya Allah, aku lihat di sekelilingku di setiap tingkat shopping mall tersebut, di escalator setiap tingkat pada ketika itu semuanya penuh dengan rakyat-rakyat Malaysia yang menyokong dan menyorakku di samping jelas di wajah mereka menaruh harapan yang sangat tinggi buatku untuk mempersembahkan yang terbaik pada malam itu. Subhanallah. Kali pertama juga dalam sejarah hidupku mempersembahkan seni Jurus Tunggal dengan berpakaian baju silat tertera perkataan 'MALAYSIA' di belakangnya. Ketika itu apa yang aku fikirkan tak lain tak bukan adalah untuk buat yang terbaik supaya tak mengecewakan pihak yang menaruh harapan yang tinggi buat diriku. Alhamdulillah setelah selesai wisel pengakhiran berbunyi, diumumkan masa peragaanku tepat 3 minit. Perasaan lega di raut wajah jurulatihku jelas kelihatan.
Namun, perjuanganku ketika itu masih belum berakhir kerana aku masih punyai satu lagi kategori untuk berentap iaitu Regu. Aku mengambil masa beberapa minit untuk meredakan keghairahan ku semasa berada dalam gelanggang tadi, dan lantas bersiap-siap berpakaian regu dan berlatih secara 'light' bersama teammate. Jejaknya aku kali kedua ke dalam gelanggang yang sama telah meredakan sikit rasa gemuruhku. Namun kali ini untuk mempersembahkan Regu. Permainan berkumpulan yang terdiri daripada 100 gerak diperagakan dalam keadaan seragam, serentak, kemas dan mantap. Alhamdulillah, setelah wisel tamat berbunyi, aku menarik nafas lega. Masa yang diperagakan pun agak melegakan hati jurulatih kami yakni 3 minit tepat. Tamatnya pertandingan silat seni pada malam itu bermakna tamatnya sudah perjuanganku untuk kejohanan tersebut.
Regu Putera Malaysia |
Bersama Coach bertaraf Antarabangsa |
Bersama Ganda Putera Elit Malaysia yang akan berjuang di World Silat Champ hujung tahun ni. Goodluck guys! |
Namun, aku masih diperlukan oleh sahabat-sahabat teammates yang masih berjuang pada keesokan harinya. Bersorak, terpekik dan melaungkan nama 'MALAYSIA' ketika sahabat-sahabat lain berentap di dalam gelanggang untuk kategori Silat Olahraga. Alhamdulillah, 9 pingat Emas berjaya kami kaut dari kategori Silat Olahraga.
Acara penutup telah dijalankan pada sesi petang 22hb September tempoh hari. Alhamdulillah, untuk pertama kalinya aku menaiki podium dikalungkan pingat dileher untuk kejohanan bertaraf antarabangsa. Pingat EMAS untuk kategori Regu Putera dan PERAK untuk kategori Tunggal Putera.
2nd Place in Tunggal |
1st Place in Regu |
My medals |
Namaku di akhbar KOSMO. Hehe. |
Bersama teammate since 2006 |
With Coach Habizan |
With Malaysia's Coach. Abg Peja. |
Bersama team regu Singapore dan Thailand |
Lunch with IIUM Silat Team |
Dinner at Katerina's Hotel Batu Pahat |
With my fellow teammates |
With IIUM Silaters |
Begitu banyak tulang belakang yang telah mendorongku dan memberiku semangat untuk terus berjuang pada ketika aku stress semasa persediaan tempoh hari. Boleh teruskan membaca dengan klik link di bawah ..
Impianku bergelar PESILAT NEGARA tercapai!
Tulang Belakangku semasa BERJUANG
Tulang Belakangku semasa BERJUANG II
Pencak Silat Piala TPM 2012
Setakat ini saja penulisan tentang pengalaman kejohanan tempoh hari. Doakan penulis berjaya membawa nama negara di bumi Laos akhir tahun ni di Kejohanan Pencak Silat Sukan Universiti ASEAN. Amiinn.
Wallahualam.
Comments
Post a Comment