Pencak Silat Piala TPM 2012







Aku tak pasti kenapa aku lebih PREFER update blog menerusi SMARTPHONE. Mungkin salah satunya disebabkan smartphone aku ni ade problem sikit nak transfer keluar semua gambar2 kejohanan tempoh hari ke laptop. Lagi satu maybe kaedah penulisan ku lebih SANTAI bile ditaip menerusi smartphone. Ok. Sekadar pendahuluan. Hehe.

Gambar 1 : Artikel KOSMO bahagian SUKAN bertajuk "AZAM PERTAHANKAN GELARAN JUARA". Bila namaku dinyatakan dua kali di dalam artikel tersebut untuk EMAS kategori REGU dan PERAK kategori TUNGGAL. Sungguh tidak ku sangka. Orang kata entah pape upload gambar keratan yang ade nama sendiri dalam fb. Haha. Ado den kesah? Kalau bukan kita sendiri nak BANGGA dengan pencapaian kita, siapa lagi? Tak gitu? Hurmm. Papepun. Alhamdulillah. Terasa menusuk ke dalam hati ni bila digelar SKUAD NEGARA dalam artikel tersebut. Walaupun pada hakikatnya hanya diperingkat IPT. Bak kata coach aku kalau sekadar main dalam negara, tak terasa sangat bahang berjuang atas nama "tanah tumpahnya darahku". Bila mana bawa nama negara ke luar, baru terasa negara sendiri lah yang terbaik dari semua perspektif. Kata2 seorang bekas atlit Tunggal Putera Negara, pemenang pingat Gangsa pertama SEA Games untuk kontinjen Silat Malaysia. Harapan coach aku untuk menggemakan satu dewan kejohanan AUG dengan lagu NEGARAKU di LAOS akhir tahun ni. Dan aku berada di atas podium sambil dikalungkan EMAS dileher. Ya Allah, engkau kabulkanlah doa hambamu ini. Amiin.

Gambar 2 : Kekecewaan itu lumrah untuk dirasai bila dikalungkan medal PERAK buat atlit2 yang telah berhempas pulas berlatih. Namun, bagiku ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Dengan hanya berbekalkan tak sampai beberapa sesi training, dapat dikalungkan pingat tu kira bersyukurlah. Permainanku jelas kelihatan masih banyak yang perlu diperbaiki. Jurus Tunggal. Merupakan impianku sejak mula2 berkecimpung dalam arena silat seni dulu. Impianku untuk mewakili Malaysia dalam acara tersebut. Alhamdulillah, dapat jugak ku rasai. Dan aku sangat berharap ianya bukan kali yang terakhir. Amiiinn.

Gambar 3 : Alhamdulillah. Regu putera merupakan bidang yang telah ku ceburi sejak sekolah menengah lagi. Berjaya jugak kami menumpaskan pesilat2 dari Singapore dan Thailand. Actually, pesilat2 regu dari Singapore telahpun kami tumpaskan di Kejohanan UPSI dan Jemputan ASEAN awal tahun ni dan pesilat2 regu dari Thailand pulak kami berjaya tumpaskan semasa Kejohanan Silat Taming Sari UKM awal tahun ni jugak. Alhamdulillah, di kejohanan ini kami kekal menumpaskan mereka. Doakan agar kami kekal berada di atas semasa Kejohanan AUG akhir tahun ni. Amiin.

Gambar 4 : Pingat2 ku. GOLD for Regu and SILVER for Tunggal. Pencapaian yang tertinggi pernahku capai setakat ini. Alhamdulillah. Thanks especially to Coach Habizan, my parents and to all.

Gambar 5 : IIUM Silat Team still in my hearts. Walaupun mungkin ada dalam kalangan kalian yang kurang senang dengan kehadiranku di dalam team ni, aku tetap akan bersama di bawah panji UIAM. Kerana disitu jua lah aku menuntut ilmu duniawi dan ukhrawi. Di pasukan tu juga aku belajar macam2. Belajar menerima hakikat sikap seseorang itu. Belajar memimpin latihan. Belajar untuk mengajar seseorang yang baru berkecimpung dalam dunia silat, dengan tiada tapak silatnya, bunga yang takde rupa bunga langsung. Namun, tugasan yang telah diberikan kepadaku semasa persediaan MASUM tempoh hari berjaya ku tempuhi dengan jayanya. Alhamdulillah. Tahniah atas kejayaan 1 Emas dan 1 Perak buat Team Silat UIAM di kejohanan TPM kali ni. Insyallah MASUM tahun depan kita kasi letop. UIAM bakal menjuarai MASUM tahun depan! Percaya pada latihan. Insyallah. Anyway, thanks for the support guys.
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments