IIUM Intensive Training DONE!
Alhamdulillah. Selesai sudah sesi latihan intensif untuk TEAM SILAT UIAM untuk persiapan ke Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala TPM 2012 semalam. Setelah hampir beberapa minggu berhempas pulas dari Damansara ke Female Sport Complex. Simulasi dah pun dijalankan untuk setiap kategori baik silat seni mahupun silat olahraga. Cuma kami, yang atlit MALAYSIA ni masih tak cukup persiapan dari sudut keseragaman dan keserentakan pergerakan jurus. So, kami ni still buat latihan berterusan sehingga hari kategori Silat Seni peringkat antarabangsa dipertandingkan. Aku pulak dah kene start fokus kategori INDIVIDU yakni Jurus Tunggal hari ni. Dah hampir seminggu mengabaikannya gara2 memberi laluan kepada teammate baru untuk selaraskan gerak bersama.
Serius makin cuak. Hari pertandingan makin hampir. Kalau bawak nama negeri or universiti aku tak kesah sangat. Ini aku bawak nama negara. MALAYSIA! Memang dulu teringin sangat dan tak pernah terfikir pun mampu menjulang nama negara dalam arena yang aku paling AKTIF sekarang. Bak kata coach aku, aku kini berjuang menjaga MARUAH negara. Satu MALAYSIA memberi harapan yang tinggi kepada kami. Kami juga merupakan PROSPEK EMAS untuk kontinjen Malaysia. Fuh! Harapan negara. Masih tak terbayang camne la agaknya nanti. Start sekarang ni dah kene banyak main SHADOW dan boleh start bayangkan situasi game sebenar. Salah satu stage terakhir sebelum berentap yakni MEDITASI. Hoho. Semua atlit UIAM dah start berendam mereleasekan otot2 yang kejang semua. Kami mungkin tak berpeluang. Masa yang agak suntuk. Papepun GOODLUCK buat TEAM SILAT UIAM dan TEAM MALAYSIA. Harap bila main nanti, kita sama2 dapat berikan sorakan sepenuhnya walaupun berjuang atas platform yang berbeza. Insyallah.
Comments
Post a Comment