Sakit Gigiku Kian Reda

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. selesai sudah aku berperang dengan kesakitan gigiku yang telah berjaya menumpaskan semangat training ku. Hebat betul fenomena sakit gigi ni. Walau macammana kita dah plan nak buat sesuatu tu, confirm bila berhadapan dengan sakit gigi akan terhenti jugak akhirnya.

tolong jgn ingat manusia di atas ini sedang bernasyid dengan penuh feeling. beliau sedang siksa ok! Haha.

Pagi tadi setelah hampir semalaman aku memikirkan tentang keadaan yang aku alami sekarang yakni SAKIT GIGI, akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk menghadap dentist. Yaa. Tak lain tak bukan CABUT GIGI! Walaupun dalam hati ni agak terasa cuak bila berdepan dengan dentist. Dan untuk pengetahuan, inilah kali pertama aku cabut gigi selama aku hidup kat atas muka bumi selama 22 tahun ni. Ok. Pengalaman tadi? Hurmm. Agak nervous.

Kalau orang kata cabut gigi ni sakit, memang dah sah mereka ni PENIPU! Haha. Sebelum doktor tu cabut gigi ni, mereka akan membius gusi disekeliling gigi yang bakal dicabut tu sehingga mengembang gusi tu. Bila time cabut tu memang tak rasa ape2. Of kos sebab dah kebas. Tapi yang membuatkan aku termuntah tadi bila kesan dari bius tu mengembangkan lelangit sehingga hampir menutupi saluran kerongkongku. Ibaratnya cuba korang letak jari korang dekat kerongkong or anak tekak, confirm korang akan termuntah. Kalau tak, korang bukan manusia la tu. Ke cane? Haha.

Tapi bila dah selesai cabut gigi dan bius di gusi makin reda, kesakitan akan rasa kembali. Dan tika itu, memang perit. Dalam hati nak je balik cepat, telan ubat tahan sakit then terus tidur. Bak kata Ibnu Abbas, sakit gigi ni merupakan kesakitan yang ketiga terdahsyat. Kesakitan yang pertama ofkos sakratul maut dan yang kedua bersalin. So, no wonderlah aku boleh tewas dengan penyakit sakit gigi ni. Pengajaran hari ini, jagalah dan peliharalah kesihatan gigi anda kerana bila mereka sakit, korang jugak akan turut tersiksa. Haha.

Klinik terpilih : Klinik Pergigian Nooriah dan Surgeri Tmn Permata
Masa : 1100 pagi
Tarikh : 1 Sept 2012
Kos : RM100.00

Wallahualam.

Comments