Happy Birthday PIJA!
Selamat Hari TUA buat sahabat sepersilatanku dari UiTM. Sharipah Nurhafizah atau lebih glamor dikenali dengan gelaran Pija. Kebetulan pulak petang tadi aku berhajat untuk menjenguk pergunungan untuk berurut. Alih2 telah dirancang untuk mengenakan sahabatku sorang ni sempena hari kelahiran beliau hari ni. Walaupun plannya aku tak tahu, tapi nampak gaya agak lari dari rancangannya. Haha. Yang bukan birthday girl pun terkena tempias TEPUNG dan TELUR. Aku pulak? Yes! Memang CONFIRM terkena jugak tapi tak la seteruknya yang lain. Maklumlah, aku lah yang jadi tukang rakamnya. So, nak tak nak dorang kena AKUR tak boleh nak 'serang' aku. Kalau tak habes rosak handset dan rakaman semua. Haha.
Memang PADAN la aku tak bape suka orang ingat tarikh birthday aku. Sebab aku memang TAK GEMAR dikenakan seperti tadi. TEPUNG bercampur TELUR ditepek di atas kepala dan seluruh badan. Serius macam haram baunya. Tapi aku respek jugak ngan dorang ni. Sanggup buat PLAN tu walaupun lepas tu memang dorang jugak yang kena kemas semua. Berus dan sabun setiap tempat yang terkena tempias tepekan telur dan tepung yang bersepah.
Comments
Post a Comment