Bajet 2013!
Assalamualaikum.
Sekarang ni heboh semua media pasal bajet 2013 yang baru sahaja dibentangkan oleh PM kita petang tadi. Ade yang sokong. Ade yang tak. Ada yang fikir macam2. Biasalah dah kata manusia. Aku pulak? Hurmm. Just nak SHARE beberapa usul dalam BAJET 2013 yang aku rasa paling HOT dalam kalangan golongan belia khususnya penuntut2 IPT.
1) Rebat RM 200.00 untuk pembelian TELEFON PINTAR untuk belia berumur 21 - 30 tahun.
2) Pemberian BAUCAR BUKU 1 Malaysia diteruskan dengan menaikan kadar dari RM 200.00 ke RM 250.00 untuk para pelajar IPTA/S.
3) Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) sebanyak RM 500.00 diteruskan kepada isi rumah berpendapatan RM 3000 ke bawah dan RM 250.00 KEPADA ORANG BUJANG BERUMUR 21 TAHUN KE ATAS YANG BERPENDAPATAN RM 2000.00 KE BAWAH.
4) BONUS kepada Penjawat Awam 1 bulan setengah gaji.
5) Hutang PTPTN siapa yang bayar habis dalam masa setahun akan diskaun 20% manakala kalau bayar konsisten akan dapat diskaun 10%.
6) Dan lain-lain.
Actually banyak lagi. Tapi aku rasa yag lain tu takde kaitan dengan aku kot. Haha. Anyway kalau sape nak baca TEKS UCAPAN BAJET 2013 boleh download kat SINI. Kalau nak tonton LIVE STREAMING untuk Pembentangan Bajet 2013 petang tadi boleh klik SINI. Selamat menonton. Hehe.
Comments
Post a Comment