LAGENDA Angkasa Lepas Neil Armstrong

Assalamualaikum.

Tadi sedang aku merehatkan diri dan meredakan kesakitan gigiku yang baru saja dicabut, sempat aku membelek surat khabar yang tersedia di atas sofa tempat aku duduk. Ternampak satu artikel didalamnya mengenai Neil Armstrong. Hmm. Teringat pulak aku mase sekolah rendah dulu, bila cikgu kata "siapa manusia pertama mendarat di bulan??". Then semua jawab Neil Armstrong. Walaupun hakikatnya ramai pihak yang masih bertelagah mengenai kesahihan cerita disebalik jejaknya lagenda angkasa lepas ni di bulan dulu, pengetahuan mengenai jejaknya insan pertama dibulan telahpun tersebar luas sejak dibangku sekolah rendah. Tapi tak pasti pulak adakah ia dimasukkan dalam silibus mereka atau pun tidak.

Pendapat aku?? No komen. Sebab honestly speaking kalau bab sejarah ni memang aku kureng sikit. Tapi rasanya tak salah kalau kita nak memperingati insan yang telah melakar sejarah dunia satu ketika dulu. Orang duk heboh beliau bukan orang pertama jejakkan kaki ke bulan. Kalau orang kedua ke ketiga ke apa aku kesah. Jejakkan kaki ke bulan kot. Bukan ke kelab malam or pasar malam ke. Ingat semudah itu ke nak jejakkan kaki ke bulan. Perlukan ilmu yang cukup dan persediaan yang rapi dari semua aspek. Tak caya boleh tanya angkasawan negara kita sendiri. Bagi aku sesuatu yang perlu dibanggakan bila berjaya jejakkan kaki ke sana.

Dipetik dari Sinar Harian (1 September 2012) :

Neil Armstrong dikebumi di Ohio

Majlis peringatan untuk Neil Armstrong yang berlangsung, semalam. - Foto ihsan dari NASA/Bill Ingalls

LEGENDA Angkasa lepas Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki di bulan, yang meninggal dunia minggu lalu, selamat dikebumikan di Cincinnati, Ohio, semalam.

Menurut laman web NewsChannel5, Armstrong meninggal dunia akibat komplikasi prosedur kardiovaskular pada usia 82 tahun.

Memetik kenyataan pentadbir Nasa, Charles Bolden: "Neil sentiasa akan dikenang atas keberaniannya, sifat merendah diri sebelum, semasa dan selepas misi Apollo 11 bersejarahnya yang terus mengangkat dia dan kita semua jauh melepasi kejayaan."

Kehilangan Armstrong turut dirasai di seluruh negara itu dan seluruh dunia sehingga menerima maklum balas daripada rakyat setiap hari termasuk Presiden AS Barack Obama.

Majlis memperingati juga sedang diadakan di seluruh negara termasuk di Smithsonian Air & Space Museum, Kennedy Space Center di Florida, dan Pusat Angkasa Lepas dan Roket AS di Huntsville, Alabama.

Wallahualam.

Comments